Khamis, Oktober 02, 2014

Yang menurut perintah..!!! Azmin sedia ikut arahan Anwar?


Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sedia mengikut arahan 'bosnya', Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat dalam pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

Mohamed Azmin berkata, arahan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan akan ditelitinya, bagaimanapun tidak akan dilaksanakan buat masa ini kerana bukan satu perkara yang perlu disegerakan.

Sebaliknya, jelas Mohamed Azmin, buat masa ini beliau mahu memberikan perhatian untuk menyelesaikan pembahagian tugas atau portfolio melibatkan sepuluh anggota Exco kerajaan negeri yang dilantik pada Jumaat lalu.

"Kita nak selesaikan portfolio Exco kerajaan negeri, mesyuarat Exco dahulu. Selain itu, saya juga nak lihat bagaimana saya nak satukan banyak bidang portfolio yang ada.

"Sesetengah portfolio akan diberikan kepada Exco tertentu dan kita mahu pastikan mereka melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan optimum," katanya.


Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan menyampaikan pingat-pingat negeri kepada para penerima dari daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang di sini hari ini.

Kelmarin, Anwar ketika berceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang mengarahkan Mohamed Azmin mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan menteri besar sebelum ini.

Mohamed Azmin ketika ditanya sama ada beliau akan menuruti arahan Anwar itu selepas pembahagian portfolio Exco-exco kerajaan negeri selesai dilakukan pada Rabu ini memberitahu, masih banyak perkara penting lain yang perlu difikirkannya.

"Banyak benda lagi saya nak fikir seperti masalah pembangunan semula dan sebagainya," jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kemungkinan beliau berhasrat untuk mengambil portfolio melibatkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengenai jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilaporkan mungkin akan ditolak oleh Pas, Mohamed Azmin menjelaskan, perkara itu bukan seseuatu yang memerlukan keputusan segera.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

(( Rahsia Dibuka )) - UMNO Mahu Jatuhkan Azmin SEKALI Lagi!!

Walaupun akhbar Utusan Malaysia meletakkan gambar lucah Azmin bersaiz A4 di muka depannya, ia tidak pun releven oleh rakyat selangor, malah seluruh rakyat Malaysia sekalipun sgt yakin dgn kreadibiliti Azmin sbg MB Selangor yg baru...

Bukan itu saja, penyokong BN bertubi2 mahukan Azmin menjadi MB baru dgn 'menjilat' kembali khalid bg menidakkan Wan Azizah sbg MB yg baru...

Wan Azizah yg tidak dpt bertanding pada pru yg lepas hanyalah orang tengah Anwar utk menguatkan lg PKR di Selangor. Memadai hanya berada di dun... dan Nurul Izzah di parlimen...


UMNO nak buat apa skrg?
Adakah UMNO mahu meletakkan Video Lucah 3G Azmin di Muka Depan Akhbar pujaannya?... Cubalah...

Yg pasti semakin ramai penyokong BN yg sukakan Azmin selepas ini...

Sayang selangor.. sayang PKR...

TAHNIAH ANWAR... TAHNIAH WAN AZIZAH... :-D


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini