Sabtu, Mac 09, 2013

KENYATAAN KELUARGA SAIFUL BUKHARI!



Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan, Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti Keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily melaporkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi semalam.

Dalam keadaan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.

Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi, Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.

Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.

Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Saiful mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan sendiri, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan selepas itu beliau terus keluar.

Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.

Pemerhati politik tentu tidak dapat menolak fakta bahawa kemunculan Azlan Mohd Lazim melemparkan tuduhan ini sangat-sangat relevan kepada Anwar. Ketika ini Anwar sedang lemas berhadapan tuduhan-tuduhan ke atas beliau dan pemimpin Pakatan lain dalam isu Lahad Datu. Justeru ia memberi satu tanda tanya besar – ADAKAH AZLAN MOHD LAZIM DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUTUP ISU LAHAD DATU YANG SEMAKIN MENGHIMPIT MEREKA? Fikir-fikirkan lah..!!!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

man on da street berkata...

Sebagai seorang ISLAM, sebagai seorang MELAYU, apabila beliau menemani anak nya ke masjid sewaktu process anak nya mengangkat sumpah , ada kah beliau beristikarah terlebih dahulu kesahihan fakta.? Sewaktu beliau menjual maruah keluarga Saifol, menemani beliau di mahkamah sewaktu perbicaraaan , tidak terfikir dan terlintas dalam fikiran beliau dalam kesahihan fakta anak nya sendiri. Dalam kesempitan hidup nya sendiri untuk "enjoy" dan menangguk di air keruh , beliau sanggup menggadai maruah anak dan ahli kelurga sendiri. Apa macam punya orang lah ini. Mat gian kah orang tua ni.? Orang macam ni, semua orang Melayu apabila kita berjumpa ngan nya, harus ludah dah dan kutuk kepada muka dia. Ni lah contoh haruan makan anak. Anak masih merayu untuk di lanjutkan di mahkamah appaeal, bapak pulak kata lain. Mabuk duit jual anak pun bolih.Siapa dia, dia bukan yang di sontot buntut olih anuar betul kah.? Bukan dia punya bontot di sodok apa hal lak dia ni ni sibuk kata tak betul.?