Isnin, Mac 18, 2013

Mat Sabu pertahan tindakan Tian Chua?



Ketika kemarahan orang ramai terhadap kebidapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah terus memuncak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, walau bagaimanapun bangkit mempertahankan tindakan rakan sekutunya itu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebaliknya menyifatkan kemarahan terhadap pemimpin PKR itu merupakan kesan daripada tuduhan bersifat perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat dan menjejaskan pembangkang.

Sekarang kerajaan sengaja mahu timbulkan isu perkauman, tuduh Tian Chua. Sedangkan, Tian Chua itu hemboih (tiup) pun jatuh. Jadi, tak perlulah," katanya ketika berucap semasa berceramah di Gong Badak di sini semalam.



Tindakan Tian Chua yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas Sulu itu sebagai sandiwara UMNO seperti yang turut disiarkan portal pembangkang mencetuskan kemarahan banyak pihak sehingga menyaksikan beratus-ratus laporan polis dibuat terhadapnya.

Dalam pada itu, Mat Sabu yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan berbentuk kontroversi berkenaan turut mempertahankan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Semua mereka (kerajaan) tuduh Anwar punca (pencerobohan di Lahad Datu). Ini Anwar punya pasal. Hujan tak turun, ribut, panas, semua sebab Anwar. Adakah rakyat boleh percaya?," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: