Khamis, Mac 21, 2013

Anwar Mengaku Jumpa Nur Misuari?



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengaku berjumpa dengan bekas Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari namun tidak menjelaskan lanjut isi perbincangan pertemuan tersebut.

“Kebanyakan pemimpin kerajaan bertemu Misuari. Misuari adalah bekas gabenor Mindanoa. Jangan lupa itu. Dia adalah bekas gabenor yang dipilih di Selatan Filipina.

“Jadi, apa salahnya, saya bermesyuarat (dengan Misuari). Misuari pernah dijemput secara rasmi oleh kerajaan, EPU, Perbendaharaan, Perdana Menteri.

“Jadi sekarang UMNO mempergunakan (pertemuan ini) untuk menentang saya, “katanya dalam sidang media yang dirakamkan media Pakatan Rakyat, mediarakyat.



Pertemuan-pertemuan pemimpin kerajaan dengan Nur Misuari yang dinyatakan Anwar di atas berlaku sekitar tahun 1996 hingga 2001 ketika bekas ketua MNLF menjadi gabenor Mindanao.

Anwar sendiri seperti didedahkan Mymassa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah berjumpa dan berpeluk dengan Misuari.

Hubungan rasmi Misuari dengan Malaysia terputus apabila beliau dilucutkan menjadi gabenor Mindanoa pada tahun 2001. Malah Pentadbiran Presiden Gloria Macapagal-Arroyo menuduh Misuari seorang yang korup dan salah guna kuasa semasa menjawat jawatan gabenor Mindanao.

Philstar.com turut melaporkan Misuari merupakan dalang yang melancarkan gerakan gerila bersenjata dari kumpulan serpihan MNLF yang masih setia kepadanya dengan menyerang ibu pejabat Tentera Darat di Jolo, Sulu yang menyebabkan kematian kira-kira 100 orang.

Laporan itu menyebut serangan dilakukan pada hari ketiga bulan Ramadan, sebagai usaha untuk mewujudkan suasana kacau bilau dan menganggu pilihanraya di Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) yang dijadualkan pada 26 November 2002, dengan harapan Misuari dilantik semula menjadi gabenor untuk memulihkan pemberontakan itu.

Setelah gagal dalam serangan tersebut, Misuari melarikan ke Malaysia dan ditangkap di Pulau Jampiras, Sabah kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.



Misuari marah dengan penangkapannya itu dan mula berdendam terhadap kerajaan Malaysia, lapor tausug-global.blogspot.com

“Prof Nur Misuari pada awalnya sangat baik perhubungannya dengan Malaysia. Tetapi setelah beliau disumbat dalam tahanan selepas penangkapannya beberapa tahun lalu yang dilakukan oleh Malaysia menyebabkan beliau memusuhi kerajaan Malaysia selepas itu. Terutamanya kerajaan dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Muhammad yang mana bertanggungjawab penuh terhadap penangkapan Prof Nur yang beliau anggap sebagai “penganiayaan terhadap saudara sendiri”.

“Kemarahan Prof Nur semakin bertambah ketika Malaysia mengenepikan beliau bersama MNLFnya dengan termeterainya perjanjian MILF-GPH (The Government of the Philippines) baru-baru ini. Hanya satu jalan buat kerajaan Malaysia ialah mengadakan pertemuan dengan Prof Nur dan MNLFnya untuk redakan kemelut yang semakin meruncing ini. Kerana, dibimbangi selepas ini Prof Nur dan kumpulan-kumpulan tertentu akan membuat gerakan Tuntut Sabah sebagaimana yang beliau suarakan selepas dibebaskan dalam tahanan.

“Secara kasar kita melihat Prof Nur memanaskan kes tuntutan terhadap Sabah ini adalah kerana dendamnya terhadap peristiwa lalu yang dilakukan oleh Malaysia terhadap dirinya. Sebelumnya kita melihat beliau didampingi oleh Sultan Fuad Kiram, seorang Sultan boneka Malacanang berwarganegara Filipino. Mereka menyuarakan bersama untuk menuntut Sabah untuk diserahkan kepada Filipina.

“Kemudian beberapa ketika kemudian terdengar desas-desus bahawa Prof Nur rapat pula dengan Sultan-Sultan boneka dari anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II tetapi juga dilaporkan gagal. Beliau nampak berusaha untuk melakukan satu gabungan yang boleh menghasilkan impak. Impak itu ditujukan kepada siapa sudah pun jelas,”lapor tausug-global.

Pada tahun 2007, Wikileaks mendedahkan Misuari masih marah terhadap Malaysia kerana menahan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Filipina pada Januari 2002

Misuari dilaporkan berkata kepada seorang pemimpin kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino bahawa apabila tiba masanya, MNLF mungkin akan menyerang Sabah pada pukul 5 pagi dan mengambilalihnya pada pukul 7 pagi.

Kabel itu turut mendedahkan bahawa Dolorfino pernah memberi komen tentang kebimbangan Malaysia terhadap niat Nur Misuari itu yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

“Malaysia juga bimbang mengenai hubungan beliau dengan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai ‘rakan lama’ Nur Misuari,” menurut kabel itu.



Pada 17 Julai 2012, twitter kelab penyokong Anwar, AICMalaysia menyiarkan foto pertemuan Anwar Misuari yang dianggap agak luar biasa kerana pertemuan di antara Ketua Pembangkang Malaysia dengan bekas Ketua MNLF yang tiada berjawatan di Mindanoa lagi.

Anwar masih menyembunyikan intipati pertemuan pada Julai 2012 itu, namun seorang peguam Filipina, Jess Dureza, mendedahkan pertemuan itu adalah untuk membincangkan isu ‘pembersihan IC’ di Sabah yang akan mengugat kemasukan pendatang haram khususnya kaum Sulu ke negeri itu.

“Ya. Mereka membincangkan tentang isu ‘pembersihan IC’ di Sabah. Namun, keputusan perbincangan itu masih tidak jelas”, katanya ketika menulis di panaynewsphilippines.com bertajuk “Lift Sabah food blockade

Mymassa melaporkan pertemuan Anwar-Misuari pada Julai 2012 bukan kali terakhir, malah disusuli dengan pertemuan dan perbualan sebelum berlakunya pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 9 Februari 2013. -AIDC

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Nur Misuari bercadang untuk menakluk Sabah pada September 2012 atas alasan kononnya waktu itu akan berlangsung PRU. Seterusnya rancangan serangan dibuat pada November 2012. Ketika Anwar dah mula menyanyikan lagu Sabah nak hilang, dalam masa yang sama Nurul Izzah kutuk polis habis-habisan. Namun pengganas sekali lagi tangguh serangan.

Waktu ini Tian Chua dan Sivarasa ke Manila atas misi 'rahsia'- menyerahkan wang kepada Misuari untuk memujuk Kiram mendarat ke Lahad Datu...dan Anwar terus menyanyikan lagu Sabah nak hilang kerana syok kununnya rancangannya hampir berjaya

Ingat Nuar setiap pergerakan ko ada kronologinya dan bakal menjerat diri ko...sesungguhnya bangkai pengganas tidak boleh ditutup dengan papan lapis atau pelepah sawit...kelak berbusuk jua.