Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mac 15, 2013
Pengganas sifatkan mayat anggota keselamatan sebagai bangkai?
"Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."
Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.
Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban.
Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan.
"Mereka memang berperangai seperti binatang, tiada hati perut dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan kita cukup-cukup.
"Tetapi kami tidak boleh terburu-buru walaupun semangat kami amat berkobar-kobar mahu menumpaskan mereka. Segala perancangan perlu dilakukan dengan berhati-hati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut sumber itu, kira-kira pukul 4.20 petang pada hari kejadian, Supritendan Ibrahim Lebar yang terkorban dalam serang hendap tersebut mendapat maklumat beberapa buah rumah di kampung berkenaan dipercayai dijadikan markas pengganas.
Katanya, Allahyarham Ibrahim yang dibantu oleh beberapa anggota pasukan keselamatan kemudiannya ke kampung itu dan memeriksa dua buah rumah, namun mendapati kedua-duanya kosong.
Jelas sumber itu, disebabkan pemeriksaan ke atas dua buah rumah tersebut tidak menemui hasil, Ibrahim mengarahkan kesemua pasukan keselamatan beredar dan berkumpul di kawasan lapang.
"Kira-kira pukul 7.20 malam, Ibrahim mendapat maklumat suspek berada di sebuah rumah sebelum mengarahkan pasukan kami bersiap sedia untuk masuk semula dalam keadaan gelap.
"Ketika membuka pintu rumah tersebut, Allahyarham Ibrahim ditembak beberapa das sebelum ditetak dengan parang," katanya.
Tambah sumber itu, semangat cintakan negara jelas terpancar dalam diri Allahyarham Ibrahim yang tetap ingin meneruskan operasi menjejak pengganas tersebut walaupun dimaklumkan mengenai sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
"Kita cukup rasa kehilangan rakan pasukan dan seorang pegawai yang berdedikasi serta mempunyai semangat kental dalam menghadapi musuh," katanya sambil menahan sebak.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Mengikut Tian Chua semua skrip skrip percakapan polis itu telah disediakan oleh UMNO
Catat Ulasan