Ahad, Mac 24, 2013

Inilah tahap pemikiran Ustaz PKR...!!! Gelar pasukan keselamatan sebagai anjing, Badrulamin didesak minta maaf?



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya semalam.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.

Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.

"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.

"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

PASDAPX berkata...

pemimpin UMNO ni pun satu lembu jugak.. pakat2 dihina maki oleh PR tp duk jawab skrip budak2.. ayat2 lembik pemimpin UMNO ni jugak menambah meluat rakyat.. dan kadang2 mengiakan juga tohmahan Pakatan HARAM.!!

Cubalah gertak dan jawab seperti jantan sikit.. Badrol Amin tu setan besar.. kes khalwat busuk dia tu sudah cukup utk ajar muka dia.. tp dia boleh panggung kepala pulak kutuk UMNO.. maknanya UMNO ni lembik dn tk berkesan menghadapi ISU!!!