Ahad, Jun 10, 2012

Dalil Kepada Penafian Pok Nik Pernah 'Janji' Syurga Orang Undi PAS?




Jika Nik Aziz menafikan dan mahukan penjelasan tentang maksud mengenai ‘undi PAS masuk syurga ‘, beliau bolehlah rujuk kembali kenyataan-kenyataan beliau sendiri tentang isu ini!

1. “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

2. ‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Islam ini tidak boleh bawa ke syurga,– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

3.“Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.



Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.

Katanya, pihak yang mendakwanya berkata demikian tidak pandai membezakan antara balasan syurga dan pahala serta meminta mereka terutamanya pihak media menyebut dengan jelas siapa yang telah memberi janji syurga tersebut.

"Surat khabar minggu lepas sibuk pasal undi Pas masuk syurga, saya nak tanya siapa dia yang kata begitu? Nak tanya wartawan yang hadir hari ini siapa kata begitu? Kalau saya sendiri, saya kata begini 'siapa yang undi Pas tahun 1990 dahulu dapat pahala'.

"Boleh pahala lain, boleh syurga pula lain, biar reti. Apabila masuk syurga tidak boleh keluar dah, tapi kalau dapat pahala boleh jadi pahala akan hilang. Ini kerana tidak semestinya pahala itu boleh dibawa sampai ke mati.



"Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis. Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, tiada pemimpin yang boleh memberi jaminan tentang masa depan manusia kecuali Nabi Muhammad yang diberi Allah jawapan kepada semua permasalahan melalui risalah Islam yang dibawanya.



Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyebut bahawa syurga adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan menganggap pandangan itu serupa dengan fahaman puak Jabariyah.

Nik Abdul Aziz juga melahirkan keraguan dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, yang telah mengulas mengenai isu masuk syurga jika mengundi parti tertentu.

Beliau menegaskan, laporan mengenai kenyataan Sulaiman itu belum tentu benar kerana katanya ulama Arab Saudi tersebut adalah dari sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam yang mungkin memberi jawapan mengejutkan jika ditanya mengenai hukum orang Melayu beragama Islam yang menolak dasar Islam.

"Jangan main-main dengan ulama Arab Saudi kerana kalau salah tanya akan makan diri kamu. Arab Saudi ini mereka jalankan undang-undang ikut hukum Islam bukan kebangsaan, dia pancung orang, kerat tangan ikut hukum, kalau kamu salah tanya 'Wahai Syeikh apa hukum orang Melayu beragama Islam tolak Islam, takut dia jawab kafir pun boleh jadi," katanya.

Kalau 'Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga' adakah Pok Nik bermaksud 'Islam yang dibawa oleh PAS boleh ke SORGO'?

Pok Nik..Pok Nik...mu jangan takbur dan riak sangat Pok Nik...!!! Persoalanya adalah siapa yang mengiktiraf mu sebagai 'ulama'?

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

tulvovuldo berkata...

Hai pok nik ajis, apa bila berbicara jagalah lidahmu, sejak kebelakangan ini kamu terlalu riak dalam mengeluarkan kenyataan,jgn kamu igt dengan terlau ramai pengikut kamu, sifat riak kamu dah semakin terserlah..begitu juga aku nak nasihatkan kepada azhar idris, hentikan kesombongan kamu jika kamu benar2 ikhlas dalam memberi tazkirah kepada orang awam..kamu semua tak menunjukan sifat sebagaimana sifat yg di bawa olih nabi Muhammad saw.Ingatlah!!!! golongan yg paling dahulu masuk neraka adalah terdiri dari golongan kamu.