Sabtu, Mac 26, 2011

Semakan audit Yayasan Selangor siap Mei - Mengapa ambil masa terlalu lama MB Khalid?











Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan audit yang menyebut bahawa kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan Yayasan Selangor berjumlah RM6 juta pada tahun lepas, akan siap Mei ini.

"Buat masa ini, audit Yayasan Selangor bagi tahun 2010 sedang dibuat oleh pihak audit dari luar.

"Jika selesai nanti, kita akan lihat dan banding laporan audit yang dijalankan oleh pengaudit luar dan audit kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Inpens di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar menjalankan siasatan terhadap perbelanjaan penyelenggaraan itu yang dikatakan sebanyak RM6 juta sepanjang 11 bulan pertama tahun lepas.

Abdul Shukor berkata berdasarkan Laporan Bahagian Audit Dalaman Pejabat SUK terhadap yayasan itu mendapati, sepanjang Januari hingga November 2010 sebanyak RM6,029,790 telah dibelanjakan oleh yayasan untuk tujuan itu. Beliau berkata jumlah itu adalah keterlaluan dan tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan pembelian kenderaan baru.

Berikut adalah dari petikan Utusan Online :

" Selepas dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta, tindakan Yayasan Selangor membelanjakan RM6 juta hanya untuk menyelenggara sembilan buah bas dan enam kereta miliknya bagi tempoh 11 bulan menimbulkan tanda tanya. Menurut blog Selangor Daily.Com, perbelanjaan itu bagi tujuan menukar alat ganti, menyelenggara dan membaiki kenderaan milik organisasi itu bermula Januari hingga November tahun lalu.

Kata blog itu, melalui laporan audit dalaman yang dilakukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dan disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, didapati pada November sahaja, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan oleh yayasan itu untuk tujuan tersebut.

"Adalah sangat-sangat tidak logik RM6 juta dibelanja untuk tujuan itu. Lebih baik jual semua kenderaan lama dan kemudian beli kenderaan baru jika sebanyak itu perlu dibelanja untuk membaiki kenderaan sedia ada," kata blog tersebut.

Sementara itu, penulis blog Ruangbicarafaisal pula mendedahkan, Yayasan Selangor secara puratanya membelanjakan sekurang-kurang RM36,000 sebulan bagi menyelenggara sebuah kenderaan miliknya. Justeru dia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Yayasan Selangor."

Persoalannya disini adalah mengapa kerajaan negeri perlu masa yang lama untuk mendapatkan lapuran audit. Kalau sebelum ini MB Khalid berjanji pada bulan Februari lepas, kemudian ditunda kepada 18 Mac dan untuk semakan rakyat Selangor terpaksa menunggu sehingga bulan Mei nanti?

Mengapa perlu ada dua badan untuk melakukan audit Yayasan Selangor! Adakah selepas gagal dalam audit dalaman yang dilakukan oleh kerajaan negeri, maka untuk menutup segala penyelewengan terpaksa menggunakan pengaudit luar? Alasan Khalid adalah untuk membuat perbandingan! Adakah Khalid mahu sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat Selangor?

Suara Politik Taminsari

1 ulasan:

jiwakita berkata...

salam...

ini mengesahkan..cuba elak terkantoi!!

patutlah beriya-iya benor..cuba reject dato khusrin jadi SUK..

rupanya ada udang disebalik mee..

sekarang cuba audit guna sourcu luar...supaya mudah ikut kata
MB...agar menutup fakta
sebaliknya buka yg auta...

ingat rakyat selangor bodoh ker...