Ahad, Mac 13, 2011

PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP 'kekalkan' judi, arak dan maksiat di Selangor!

Sudah masuk 3 tahun Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR dan didalangi oleh DAP memerintah negeri Selangor, nampaknya dalam waktu itu tidak ada langsung perancangan dari PAS untuk mengurangkan judi, arak dan maksiat di Selangor?

Sepertimana dalam kes arak sebelum ini, PAS tampak garang pada mulanya tetapi setelah 'disergah' oleh 'Big Brother' DAP yang diketuai oleh Ronnie Liu, PAS akhirnya terkulai layu tidak bermaya. Kelantangan PAS hanya hangat-hangat tahi ayam!

Jika dilihat sebelum ini iaitu semasa BN yang diketui oleh UMNO memerintah, PAS dilihat begitu lantang mengata dan menyalak ke sana-sini yang UMNO halalkan disco, kilang arak , judi dan kini apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan disco, judi dan menutup kilang arak. Bahkan kalau dilihat sekarang rumah-rumah urut tumbuh 'segar' macam cendawan selepas hujan tanpa kawalan oleh pihak berkuasa tempatan.

Agak sedih juga apabila mendengar jawapan macam melepaskan batuk ditangga dari YB Hasan Ali iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam tentang isu judi yang diHALALkan di Selangor oleh MB Khalid!. Hasan mengatakan yang isu judi adalah pendapat peribadi MB Khalid!

Beliau menambah yang kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai pendirian kerajaan negeri yang tidak berhasrat melarang sebarang aktiviti judi di negeri ini adalah tidak mewakili pandangan keseluruhan barisan Exco malah apa yang diperkatakan Abdul Khalid belum pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan tersebut mungkin pandangan peribadi yang dilontarkan oleh Abdul Khalid secara spontan bagi menjawab soalan daripada pemberita.

"Kita belum pernah berbincang, jadi saya tidak boleh beri komen. Apa pun ingin saya tegaskan larangan aktiviti perjudian terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah Islam negeri ini.

"Kalau kita dapati orang Islam terlibat secara terang-terangan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu seperti mencegahnya.

"Bagaimanapun, bagi menutup tempat-tempat perjudian dan sebagainya itu belum dibincangkan lagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak berhasrat untuk melaksanakan peraturan mengharamkan sebarang aktiviti judi di negeri itu sebagaimana dilaksanakan di Kelantan.

Hasan berkata, perkara tersebut juga akan dibawa ke peringkat JAIS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selain mendapatkan pandangan daripada mufti, ahli-ahli agama dan pihak berkaitan.

"Saya sendiri akan bangkitkan perkara itu nanti," katanya.

Ditanya sama ada beliau sendiri berhasrat mencontohi Kelantan untuk melaksanakan peraturan mengharamkan semua aktiviti judi di Selangor Hasan berkata:

"Kalau saya seorang sahaja berhasrat, itu tak jadi juga. Kita kena tengok organisasi dan susunan masyarakat kita.

"Apa yang berlaku di Kelantan tidak semestinya berlaku di Selangor kerana susunan masyarakat dan demografi kedua-dua negeri itu berbeza.

"Apa pun bagi saya kita ada Enakmen Jenayah Syariah, setidak-tidaknya kalau peringkat ini, kalau kita laksanakan peraturan itu kepada orang Islam sahaja pun sudah memadai," katanya.

Memberi pelbagai alasan begitu mudah untuk menutup kelemahan diri sendiri dan juga PAS Selangor. Dari apa yang dilihat dari jawapan Hasan Ali sebenarnya memang mereka tidak pernah membuat 'homework' untuk mengatasi gejala maksiat di Selangor. Semuanya hanya berharap kepada MAIS sahaja untuk membuat kerja!

Persoalannya disini adalah apa sudah jadi dengan PAS Selangor? Adakah PAS hanya akan 'bergerak' bila ada isu berbangkit sahaja ataupun setelah didesak, baharulah nak bergerak! Dimana perancangan PAS dan peranan mereka sebenarnya dalam mengurangkan gejala judi, arak dan maksiat yang lain yang dilihat semakin berluas-luasa. Apakah PAS sekarang seronok dengan jawatan YB masing-masing sehingga melupakan tanggungjawap mereka yang sebenar.

Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini. Hasan Ali sepatutnya ada hak untuk menegur MB Khalid tentang isu judi ini, tetapi apakan daya selepas isu arak nampak gayanya beliau tidak mampu untuk melakukannya lagi!

Mungkin sebelum PRU ke-13 nanti mereka kan berjanji sekali lagi kepada rakyat negeri Selangor untuk menghapuskan judi, arak dan maksiat lain semata-mata untuk mendapat UNDI pilihanraya dan apabila berjaya nanti janji hanya tinggal janji sahaja! Selama 3 tahun tiada apa yang mereka lakukan di Selangor kerana mereka tidak takut berdosa untuk melakukannya sekali lagi nanti. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM, SETAKAT MELARANG UMAT ISLAM JE, KERAJAAN BN PUN DAH BUAT.