Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak agar memecat Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS), Ilham Marzuki yang terbukti gagal menguruskan yayasan tersebut sehingga organisasi berteraskan pendidikan itu mengalami defisit RM7.41 juta.
Ia berikutan dengan kedudukan kewangan yayasan itu dilihat paling buruk sejak parti pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri kerana sebelum 2008, ia memiliki dana sebanyak RM80 juta atau lebih!
Sepatutnya yayasan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat mengalami masalah, tetapi sekarang yayasan itu sendiri yang bermasalah! Dan berkemungkinan juga keadaan yang sama turut melibatkan anak-anak syarikat di bawah yayasan itu termasuk anak syarikat kerajaan negeri lain. Kita desak supaya kerajaan negeri turut membuat laporan audit terhadap semua anak syarikat kerajaan negeri dan dedahkan hasilnya kepada seluruh rakyat negeri ini.
MB Khalid sewajarnya bertindak mengikuti laporan audit terhadap Yayasan Selangor yang dikeluarkan pada 18 Mac lalu mengesyorkan supaya Pengurus Besar Yayasan Selangor dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak. Ini adalah di atas alasan kedua-duanya tidak menjaga kepentingan yayasan itu dan sebaliknya kebanyakan keputusan dibuat seolah-olah atas kepentingan diri.
Yang menghairankan mengapa Khalid hanya memecat Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) tetapi tidak berbuat demikian ke atas Pengurus Besar! Nampak sangatlah MB Khalid ini adalah seorang ‘pembohong besar’ berikutan skandal kewangan yang melanda yayasan itu.
Jika kita masih ingat sebelum ini Menteri Besar bermati-matian mempertahankan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu pada November 2010 berjumlah RM300,000 dan bukannya RM800,000 seperti didakwa UMNO Selangor sebelum ini. Bagaimanapun, laporan audit menyebut kos sambutan itu mencecah RM1 juta berpunca daripada kepincangan pengurusan Yayasan Selangor termasuk perbelanjaan tidak berhemah.
Dan satu persoalan disini adalah mengapa Khalid mengambil masa terlalu lama untuk membentangkan lapuran audit tersebut seperti yang dijanjikan sebelum ini pada 5 Februari yang lepas! Mengapa perlu tunggu sehingga 18 Mac? Apa sebenar yang Khalid mahu sembunyikan dari pengetahuan rakyat Selangor. Apa yang dapat kita lihat sekarang adalah ianya sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab selain melanggar amanah yang diberikan oleh rakyat.
Sementara itu : Takril ( bekas Pengurus Besar )nafi akaun tidak diaudit sejak 4 tahun!
Dakwaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan akaun Yayasan Selangor tidak diaudit sejak empat tahun lalu adalah tidak benar. Bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki berkata, segala prosedur kewangan di yayasan itu diikuti sepenuhnya sehingga persaraannya pada Ogos tahun lalu.
“Semua akaun yayasan sudah diaudit sepanjang tempoh saya menjadi pengurus besar. Barangkali, mungkin ada satu dua lewat disebabkan masalah teknikal membabitkan Universiti Industri Selangor dan Kolej INPENS,” katanya.
Menurutnya, kewangan Yayasan Selangor kukuh sehinggalah ia diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR).
“Ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN, akaun yayasan sebanyak RM80 juta tetapi apabila diurus tadbir oleh PR, akaun tersebut mengalami defisit sebanyak RM7.41juta.
“Zaman pentadbiran BN, pengurusan yayasan ikut peraturan dan diaudit dengan sebaiknya mengikut garis panduan ditetapkan manakala zaman PR akaun yayasan semakin teruk, malah perbelanjaan yang dibuat oleh PR tidak munasabah seperti sambutan yayasan itu kali ke 40, sebanyak RM900,000 dibelanjakan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurutnya, rakyat negeri ini perlu sedar bahawa banyak penyelewengan dilakukan sejak PR memerintah.
“Banyak aktiviti yang yang diluluskan tanpa mengikut peraturan seperti pemberian dan bayaran tender,” katanya.
Selain itu katanya, ada belanjawan yang tidak munasabah seperti pembelian al-Quran sebanyak 10,000 naskhah berharga RM225,000.
“Salah satu projek yang dilaksanakan bernilai RM80,000 turut dipertikaikan kerana projek belum siap tetapi pembayaran sudah dibuat.
“Saya berharap Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Dilihat MB Khalid cuba menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai beliau dengan mencari kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan BN yang terdahulu. Apa yang perlu dilakukan oleh MB Khalid sekarang adalah beliau perlu mendedahkan berapa mendedahkan jumlah sebenar dana Yayasan Selangor semasa diserahkan kepada pentadbiran PR yang diketuai oleh PKR.
Dimaklumkan bahawa Yayasan tersebut mempunyai jumlah dana yang besar sebelum pengurusannya bertukar tangan. Dipercayai Yayasan Selangor mempunyai RM80 juta sebelum diserahkan kepada PR. Tetapi hari ini apa yang menyedihkan apabila kita lihat yayasan tersebut mengalami defisit sehingga RM7.41 juta. Persoalannya adalah kemana hilangnya dana yang sebegitu banyak sebelum ini?
Sila jawap MB Khalid?
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan