Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mac 27, 2011
Kehebatan Khalid Ibrahim - Indah khabar dari rupa?
Betul lah sepertimana yang diperkatakan ramai, kehebatan Khalid Ibrahim sebagai seorang bekas tokoh koporat sebenarnya hanya indah khabar dari rupa!
Mana tidaknya, nak menguruskan sebuah yayasan pun tak pandai? Mungkin itulah diantara sebabnya mengapa beliau digugurkan dari jawatan pengerusi PNB dan juga Guthrie tidak lama dahulu! Dan mungkin disebabkan marah ketika itu, maka Khalid mula berjinak dengan politik dengan menjadi ahli PKR.
Nampak gayanya Yayasan Selangor juga 'kena tempiasnya' apabila mengalami kerugian hampir RM7.41 juta sehingga November 2010 tahun lalu. Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman dipecat apabila diberi notis 24 jam pada mesyuarat khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor pada 17 Februari lalu selepas satu audit dalam dilakukan. Itupun audit dalaman terpaksa dilakukan setelah 'didesak' jika tidak, sesiapapun tidak mengetahui akan perkara sebenar berlaku di dalam Yayasan Selangor.
Walaupun demikian Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki masih diberi kepercayaan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Walhal laporan audit pada 18 Mac lalu turut mencadangkan supaya Pengurus Besar Yayasan Selangor sekarang ditamatkan kontrak perkhidmatannya kerana kerugian berlaku semasa di bawah pimpinannya . Apa punca sebenar Khalid masih mahu mengekalkan Ilham Marzuki tiada siapa yang tahu?
Jika sebelum ini kerajaan PKR negeri mencanangkan slogan "Merakyatkan Ekonomi Selangor" tetapi kini satu demi satu masalah melanda negeri maju ini. Malah sebuah yayasan juga turut mengalami kerugian. Itu belum termasuk anak syarikat lain yang dikuasai oleh kerajaan negeri!
Apabila kepincangan pengurusan Yayasan Selangor ini ditanya kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar, dengan mudah beliau menyatakan pihak yang sepatutnya meletakkan jawatan ialah Menteri Besar Selangor.
"Sebab yang pertama, Menteri Besar ialah Pengerusi Lembaga Pengarah yayasan itu. Bila dia memerintah, dia sudah masukkan unsur politik.
"Mana-mana orang UMNO termasuk Pengurus Besar yang lalu, dan pihak yang dilihat menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan ditukar atau diberhentikan. Itu hak dia," kata Noh.
Tetapi yang dipertikaikan Noh ialah cara pemilihan Pengurus Besar Yayasan Selangor. Menteri Besar ingin menunjuk dia telus, dan mengikut peraturan untuk melantik pengurus besar di mana dia tubuh panel temuduga yang turut dianggotai Exco kerajaan negeri, Dr. Halimah Ali.
Pada mula panel ini telus dengan menyenarai 41 calon untuk ditemuduga. Selepas ditapis tinggal 8 calon.
Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu lagi, dalam senarai calon itu nama Ilham antara yang terpilih untuk ditemu duga. Bagaimanapun panel temuduga telah mencalonkan nama orang lain sebagai Pengurus Besar dan ada nama calon simpanan.
"Jika Menteri Besar telus, dia kena menghormati pemilihan panel temuduga. Mengapa Khalid tidak melantik calon yang sudah ditemu duga dan dipilih oleh jawatankuasa itu?
"Tetapi sebaliknya MB menukar keputusan yang dibuat dengan melantik Ilham sebagai Pengurus Besar. Di mana ketelusannya? Dia melantik kroni sedangkan dahulu dia menuduh BN mengamalkan kronisme tetapi sekarang siapa yang terang-terang melakukan salah guna kuasa itu? Kedua-dua Pengurus dan Timbalan Pengurus ialah kroni Menteri Besar," kata beliau.
Sebagai Pengerusi Yayasan Selangor, Khalid lebih percaya kepada kroninya. Sebab itu berlaku tadbir urus yang tidak ikut peraturan. Dan mengurus perbelanjaan seperti wang sendiri. Badan yang ditubuh untuk menjaga kebajikan pendidikan anak negeri itu mengalami kerugian akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah.
Pengurusan tidak berhemah, antara lain kos sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan.
Dahulu Noh sudah mendedahkan bahawa perbelanjaan untuk menyambut ulang tahun Yayasan Selangor itu ialah hampir RM800,000 bukan RM300,000.
"Pada ketika itu Menteri Besar cabar saya, dan beliau nafikan. Tetapi kini apabila laporan audit didedahkan ternyata dakwaan saya adalah benar.
"Terdapat pula pihak Pejabat Menteri Besar mendakwa berlaku kesilapan kerana perkara itu berlaku semasa pentadbiran BN," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Tetapi bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor mendedahkan bahawa semasa diserahkan kepada pengurusan baru pada 2008, dalam akaun badan itu ada RM80 juta. Bagaimana dalam tempoh tiga tahun berlaku defisit.
Hasil laporan audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta. Antaranya salah laku pemberian elaun-elaun yang tidak patut dibayar kepada Ahli Mesyuarat.
Malah antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik pula ialah seramai 18 warga kerja berhenti kerja dan 50 lagi ditukar antara Mac hingga November 2010.
Jika Menteri Besar mengikut keputusan panel temuduga dahulu mungkin perkara kerugian ini tidak berlaku.
Jadi penubuhan panel temuduga itu hanya semata-mata untuk 'main wayang' sahaja. Lebih baik Menteri Besar guna kuasanya sahaja untuk melantik kroni. Tertanya-tanya apa tujuan dan kenapa Khalid tubuh panel temuduga itu?
"Hakikatnya, kalau kerajaan PKR Selangor hendak mengurus sebuah yayasan pun tak pandai bagaimana pula mentadbir sebuah negeri?" kata Noh.
Sebab itu dapat dilihat di Selangor tidak nampak apa-apa pembangunan dilaksanakan kerajaan campuran pembangkang. Sebaliknya mereka senang-senang hendak menyalahkan Kerajaan Persekutuan pula kononnya tidak memberi peruntukan.
Jadi macamana MB Khalid! Sampai bila nak kekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor? Jangan jadi macam ayam berkokok berdegar-degar, tetapi tidak sedar bontotnya penuh dengan najis. Jika dahulu dikatakan hebat sangat, tetapi sebenarnya hamPAS belaka!!!
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan