Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin sebaliknya mempertahankan dakwaan dan pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini bahawa wang tersebut telah disalahgunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada November tahun lalu.
Beliau berkata, jika wang itu digunakan untuk membiayai penginapan kumpulan NGO, mengapa tarikh yang dipilih untuk menginap di situ sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung dan lokasinya juga berhampiran dengan tempat kongres itu diadakan.
"Saya minta Menteri Besar berhenti membohongi rakyat. Mungkin ada rombongan dari Sabah dan Sarawak termasuk kaum Penan yang merupakan perwakilan parti,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa wang RM80,500 yang dikatakan dibelanjakan untuk penginapan para perwakilan Kongres PKR sebenarnya diperuntukkan kepada rombongan NGO dari Sabah dan Sarawak termasuk suku Penan yang datang melihat kemajuan Selangor.

Dalam pada itu, Hamidzun meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan wang rakyat RM80,500 itu.
"Kita telah buat laporan kepada SPRM agar dakwaan itu disiasat. Jadi kita sama-sama tunggu hasil siasatan SPRM dan Menteri Besar tidak perlu memutarbelitkan semuanya," kata beliau.
Pada 19 Februari lalu, Hamidzun mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu. Menurut beliau, pihaknya mempunyai bukti mengenai penyelewengan tersebut dan bukti-bukti berkenaan telah diserahkan kepada SPRM pada 24 Februari lalu.
Dalam pada itu kata Hamidzun, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini tidak lagi tertipu dengan 'janji manis' pemimpin PKR yang kononnya mahu membela nasib rakyat.
"Mereka hanya jaga kepentingan parti, bukan rakyat," tegasnya.
Sebelum itu : MB nafi guna wang negeri
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor cuba mengalihkan perhatian berhubung dakwaan menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres parti itu tahun lalu.

"Kita gunakan (peruntukan negeri) untuk membiayai mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk datang melihat kemajuan di negeri Selangor.
"Mereka adalah NGO dari sana (Sabah dan Sarawak), mereka mahu cerita sebenar mengenai keadaan di negeri ini. Kita juga menerima kehadiran suku Penan.
"Sekarang SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang sibuk mencari orang Penan di Selangor," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Majlis pelancaran Buku Jingga yang merupakan manifesto sekiranya pembangkang mentadbir negara itu dilihat kurang mendapat sambutan daripada masyarakat di negeri ini ekoran kira-kira 1,500 orang sahaja yang hadir berbanding jangkaan pengedaran 10,000 hingga 15,000 unit Buku Jingga secara percuma kepada hadirin sempena majlis berkenaan.-UM.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan