Isnin, Mac 21, 2011

MB Khalid terkedu! - Yayasan Selangor disaman RM1 juta?

















Sehari selepas pendedahan berlakunya kepincangan yang membabitkan pengurusan Yayasan Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu pula bakal berdepan dengan tindakan saman oleh bekas kakitangannya!

Yayasan Selangor dan Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki kali ini berdepan dengan saman fitnah sebanyak RM1 juta yang difailkan oleh bekas Timbalan Pengurus Besar ( Pendidikan ), Omar Hasbollah berhubung dengan tuduhan terlibat dalam meluluskan pembayaran tuntutan kontraktor kerja-kerja menaiktaraf sistem penghawa dingin berpusat Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam writ samannya, Omar berkata, tuduhan tersebut menyebabkan beliau melalui proses sukar mendapatkan hak bagi faedah persaraan yang dinafikan termasuk perlu melalui proses tuntutan di Jabatan Perhubungan Perusahaan yang masih menunggu proses representasi untuk rujukan ke Mahkamah Perusahaan.

Malah kesan daripada itu, beliau telah diaibkan dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling termasuk jiran-jiran dan bekas rakan sekerja sehingga menyebabkan beliau mengalami tekanan jiwa, mental dan kesihatan fizikal yang teruk dari perbuatan tersebut!

Beliau berkata, saman dibuat kerana beliau tidak menerima faedah persaraan sebanyak hampir RM101,000. Katanya lagi, beliau secara sah telah bersara wajib dari Yayasan pada 22 Julai 2010 tetapi telah mengambil cuti rehat mulai 1 Julai 2010.

Sejak itu beliau dipaksa menyerahkan kenderaan milik Yayasan kerana telah dianggap tamat perkhidmatan dan sejak itu beliau tidak menerima faedah penggunaan kereta sehinggalah hari persaraan iaitu pada 22 Julai 2010.

Katanya, beliau telah menulis surat menuntut pampasan atas tindakan pihak berkenaan kerana telah memalukannya dengan memberi tanggapan serong masyarakat luar terhadapnya seolah-olah beliau adalah seorang pekerja yang telah dipecat atau diberhentikan atas tindakan salah laku atau sebaliknya.

Namun katanya, pihak berkenaan secara jelas memfitnah beliau melalui surat jawapan yang dihantar pada 30 September tahun lalu! Writ saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Tetuan Saleh Ahmad & Associates pada 11 Mac lalu.

Sehingga kini difahamkan bahawa Yayasan Selangor bakal berdepan dengan 10 lagi saman yang akan difailkan oleh bekas kakitangannya. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: