Khamis, Mac 24, 2011

MB Khalid berdegil - Masih mahu kekalkan Ilham sebagai Pengurus Besar YS!

Desakan demi desakan dibuat, namun MB Khalid masih tetap berdegil dengan keputusannya. Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS), Ilham Marzuki dilihat terus dilantik menerajui syarikat kerajaan negeri yang berteraskan pendidikan itu walaupun terdapat desakan agar beliau ditamatkan kontrak.

Pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah dilihat mengetepikan syor laporan audit dalaman terhadap yayasan tersebut yang dikeluarkan pada 18 Mac lalu yang juga mahu Pengurus Besar YS ditamatkan kontrak perkhidmatannya. Keputusan mengenai kedudukan Ilham diumumkan oleh Khalid pada sidang akhbar di sini, sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor (YS) dalam mesyuarat mereka semalam dengan rasional Ilham perlu diberikan peluang membuktikan kebolehan dan keupayaannya menerajui YS memandangkan beliau masih baru menduduki jawatan itu.

‘‘Kita minta Pengurus Besar menjalankan tugasnya dengan baik dan kebolehannya dipantau, jika tidak kontraknya yang berakhir pada April tahun depan tidak akan disambung.

‘‘Jadi tidak perlu diberhentikan, sehingga kita beri peluang untuk dia menunjukkan kebolehannya,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai YS di sini.

Malah difahamkan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah YS yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid semalam berlangsung ‘panas’.

Namun, keputusan yang dibuat oleh Abdul Khalid untuk mengekalkan Ilham dibuat tanpa kehadiran Ahli Lembaga Pengarah yang penting termasuk Exco kerajaan negeri, Dr. Halimah Ali.

Laporan audit terhadap YS yang dikeluarkan pada 18 Mac lalu menyebut, syarikat kerajaan negeri itu mengalami defisit RM7.41 juta sehingga November tahun lalu akibat perbelanjaan tanpa perancangan.

Selain itu, laporan audit tersebut turut menyebut wujudnya perbelanjaan yang tidak telus, berhemah dan munasabah membabitkan kos sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang mencecah RM1 juta.

Pada sidang akhbar itu, Khalid juga menepis dakwaan bahawa YS akan muflis ekoran laporan audit dalaman menunjukkan sehingga November lalu, ia mengalami defisit RM7.41 juta.

Sebaliknya, beliau menyatakan, YS mampu hidup sehingga 90 tahun lagi dengan aset terkininya bernilai RM300 juta selain kedudukan kewangan yang mantap apabila terdapat lebihan pendapatan berdasarkan penyata akaun bagi tahun- tahun sebelumnya sejak 2005.

Katanya, ketika ini YS mempunyai lebihan pendapatan kira-kira RM100 juta dan mempunyai deposit tunai berjumlah RM50 juta.

Eh..eh..betulke ni MB Khalid? Siapa yang sebenarnya membuat profit sehingga tahun 2008 sebelum YS di ambil alih oleh Pakatan Rakyat! Cuba baca di sini.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: