Anwar mungkin beranggapan dengan menarik balik rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya akan meredakan suasana. Rupa-rupanya anggapan beliau begitu meleset sama sekali. Diharapkan cerah sampai kepetang, rupa-rupanya hujan ditengahari.
Tidak disangka-sangka semasa menonton berita TV3 malam tadi, tiba-tiba dimuatkan dengan " drama " Anwar di " londehkan " didalam Dewan Parlimen. Dan tidak disangka juga orang dikatakan " bijak berpidato " muka merah padam di lanyak oleh bekas orang kuatnya sendiri! Ia bagai satu kejutan. Kejadian ini berlaku selepas Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.
Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang. Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahasa kedua. Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional boleh berjaya.
Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan.
Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam. Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka. ”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya. Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.
Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.
Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain. Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah. Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.
Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain. Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang. Zahrain pula teruskan ucapannya. Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.
Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Beliau mendedahkan, antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada Dap sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.
Zahrain akan menyambung ucapannya esok. Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini. Ditemui para wartawan sejurus keluar dari dewan, Anwar enggan mengesah atau menafikan pendedahan oleh Zaharin.
Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin ketika ditemui untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu. ”Ini bukan kejutan saya. Tapi saya yang terkejut” katanya.
Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul. Jadi apakah kejutan atau " peluru-peluru " yang bakal diluahkan oleh YB Zulkifli pula selepas ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Raksaksa pelbagai wajah
Gambaran yang munasabah
Imej anwar kuat berhujah
Hakikatnya dia bermasalah
Suara Politik
Taminsari
4 ulasan:
Tak dapat projek 40 juta punya pasal. Sesuai betul YB Bayan masuk UMNO.
Nasib baik la speaker berat sebelah, hanya bagi peluang Zahrain saja bercakap, sedangkan Anwar dilarang bercakap.
Bodoh punya kembara putih, CIFUT BABI tu dah bercakap 3 jam, tak beri peluang cakap apa ke bende.. Zahrian baru cakap 10 minit CIFUT BABI dah angkat bontot.. panas sepanas bontot Kembara Putih yang di sondol CIFUT BABI.
kembara putih.. hang ada hafal ke password tu? mokhtar....
akai adaka
Salam..
Untuk teks penuh sila lihat di blog ini : http://penangwasabi.blogspot.com/2010/03/teks-ucapan-penuh-dato-seri-zahrain-yb.html
Tq..
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menafikan beliau adalah “askar upahan” Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan kelantangannya ketika ini berbanding semasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu.
Beliau berkata sekiranya beliau bersifat vokal seperti ini sebelumnya sudah tentu keadaan dalam PKR akan menjadi kelam kabut.
"Kalau saya bising macam ini, keadaan jadi kelam-kabut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dakwaan itu timbul apabila semalam, beliau secara lantang dan terbuka mendedahkan pembohongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anggota Parlimen pakatan pembangkang yang mendakwa mereka mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi daripada anggota Parlimen BN bagi membentuk kerajaan pada 16 Sept 2008.
Zahrain juga mendedahkan bahawa pada masa itu beliau percaya yang perkara itu adalah benar memandangkan Anwar mengatakan pelan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Catat Ulasan