Sabtu, November 01, 2008

Mengapa Negara China tidak menjadi pengeluar babi terbesar dunia?

Satu persoalan yang pelik tetapi benar. Seperti mana yang kita semua tahu kos tenaga buruh di negara China adalah murah maka adalah tidak relevan jika dikatakan negara China tidak mampu membekalkan daging babi di dunia. Negara China mempunyai tanah atau kawasan yang begitu luas untuk menternak babi, tetapi mengapa mereka mengambil pendekatan mengurangkan jumlah ternakan babi dinegara mereka. Mereka memberi alasan mengatakan yang pengeluaran daging babi negara China masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan bekalan itu kerana permintaan yang begitu tinggi dari penduduk tempatan disana. Mereka mengambil keputusan untuk mengimpot daging babi dari Thailand dan itupun masih tidak mencukupi. Dan terbaru mereka ingin pula menbeli daging babi dari Malaysia yang dikatakan paling murah di Asia.

Berkemungkinan ini ada kaitan dengan kesungguhan kerajaan Negeri Selangor untuk mendirikan ladang ternakan babi moden di Sepang yang mana dijangkakan dapat mengeluarkan beribu-ribu ekor babi didalam satu jangka masa. Macam ada udang disebalik batu saja. Selain dari memenuhi untuk keperluan tempatan ianya juga dijangka dapat diekspot ke negara seperti Singapura dan negara-negara berdekatan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Buat pertama kalinya negara China mengumumkan yang mereka akan membeli bekalan daging babi dari Malaysia. Maka bersoraklah pembekal-pembekal daging babi tempatan kerana daging babi Malaysia mendapat tempahan dari negara China. Mungkin ada sesetengah dari mereka masih lagi tidak dapat mempercayainya.

Kalau ianya benar-benar berlaku, apa akan jadi dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Hub-Halal dunia. Selain dari negara Hub-Halal adakah Malaysia juga akan menjadi negara Hub-Haram ( membekalkan daging babi )? Di mana kerajaan Malaysia nak letak muka? Desas desus mengatakan yang menteri besar Selangor hendak menjadikan kawasan lapangan Subang sebagai pengkalan Hub-Halal pula. Apa dah jadi dengan kawasan Hub-Halal yang ada berhampiran dengan pelabuhan Kelang sekarang. Adakah cita-cita Tan Sri Khalid Ibrahim hendak menjadikan kawasan yang berdekatan dengan lapangan terbang Subang sebagai Hub-Halal manakala kawasan yang berdekatan dengan lapangan Sepang sebagai Hub-Haram. Menarik juga untuk dikatakan kerana dua kawasan yang berdekatan lapangan terbang menjadi sasaran Khalid Ibrahim.

Teringat kata-kata Dato’ Dr.Hassan Ali Exco yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam kenyataannya menyebut, “ Dengan menggunakan teknologi dari Jerman, masalah pencemaran yang disebabkan oleh babi sebelum ini akan dapat dihapuskan dan tidak akan timbul lagi.” Dr.Hassan Ali perlu tahu, macamana moden sekalipun ladang babi itu, kalau dah jadi wabak tiada siapa yang dapat menghalangnya. Ambillah iktibar dari virus nipah yang melanda negara tidak lama dahulu.

Manakala seorang lagi Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan , Yaakub Sapari
menjelaskan “ Umat Islam sendiri dibenarkan menjamah daging babi apabila darurat, tetapi kenapa media tidak menonjolkan berita mengenai zina, “. Kenyataan seolah-olah melempar batu, sembunyi tangan. Terlepas cakap tetapi mengheret rakyat ke isu lain. Apa kena mengena babi dengan zina. Tak ke janggal kenyataan ini. Bila bercerita akan babi, cerita babi lah. Kalau zina, cerita zina lah. Kalau nak ikutkan babi memang selalu berzina. Sebab itu mereka cepat membiak. Yaakub Sapari seolah-olah hendak mempromosi orang Melayu yang beragama Islam untuk memakan daging babi. Nak tanya sikit pada Yaakub Sapari, nak sangat ke negara ini dalam darurat. Seteruk manapun keadaan negara jika tiada makanan sekalipun ataupun di dalam peperangan, tidak ada keturunan orang Melayu yang beragama Islam dinegara ini yang sanggup makan daging babi. Tak tahulah pula kalau Yaakub Sapari ada cita-cita nak makan daging babi.

Berbalik semula kepada kenapa negara China tidak menjadi pengeluar daging babi terbesar di dunia walaupun mereka berkemampuan untuk berbuat demikian. Mereka cuma memberi alasan yang bekalan babi tidak mencukupi bagi menampung keperluan domestik. Sebenarnya negara China telah belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman lepas semasa penyakit virus babi JE dan virus burung SARS menyerang negara itu. Ramai yang mati akibat wabak penyakit ini. Betapa semasa kejadian berlaku, seluruh negara China menjadi panik dan kerajaan China berusaha sedaya upaya untuk menangani dan menghalang wabak penyakit tersebut tersebar dan merebak keseluruh negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 2 bilion orang itu. Wabak tersebut memberi kesan yang besar kepada ekonomi dan sector perlancongan China.

Penyakit pembawaan babi yang terbaru dikenal pasti berlaku baru-baru ini adalah “ penyakit telinga biru ‘ yang mana mereka terpaksa memusnahkan banyak ternakan babi disana. Lapuran Utusan Malaysia pada 11 April menyebut, “ Bekalan babi terjejas akibat penyakit telinga biru. Penyakit telinga biru yang menyerang babi sejak akhir 2006 menyebabkan bekalan haiwan itu semakin berkurangan terutamanya di wilayah Shaanxi, barat laut China.” Penyakit yang dikenali sebagai Virus Sindrom Pernafasan dan Pembiakan Babi (PRRSV) itu hanya menjangkiti babi. Virus itu akan menyebabkan kegagalan kepada proses pembiakan dan sistem respiratori terutama terhadap anak babi.

Untuk mengurangkan risiko wabak-wabak penyakit tersebut menyerang negara China sekali lagi dan untuk langkah berjaga-jaga, mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ternakan babi disana dan mengimpot daging babi dari negara-negara yang dikenal pasti seperti Thailand, Brazil dan yang terbaru Malaysia. Singapura sudah lama menutup ladang babi di sana dan mengimpot daging babi dari luar. Taiwan pun sama mengikuti jejak Singapura dan negara China juga menyusul kemudian. Manakala Malaysia pula akan bakal penjadi negara pengeluar ternakan babi terbesar di Asia Tenggara. Jangan jadi sudah terantuk, baru tergadah. Menyesal kemudian tidak berguna.

Taminsari
Shah Alam.

2 ulasan:

Taminsari berkata...

Ladang babi: PPPIM hantar bantahan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) akan menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan negeri Selangor dalam masa terdekat bagi mendesak agar projek ternakan babi di Sepang dihentikan.

Presidennya, Datuk Zulkifli Mohamad (gambar) berkata, PPPIM akan memberi tempoh sebulan daripada tarikh penghantaran memorandum itu kepada Exco Selangor untuk menjawab dan memberi maklum balas.

"Dalam tempoh itu, sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak memberi sebarang maklum balas terhadap bantahan agar projek di Sepang itu diberhentikan, PPPIM akan mengadakan rapat umum pada Ogos ini,'' tegasnya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan khas bagi mengumumkan tindakan persatuan tersebut, yang menurut Zulkifli, mendapat kerjasama daripada 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lebih 1,000 persatuan Islam di seluruh negara.

Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di Selangor meluluskan projek ladang ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di Sepang, iaitu antara keputusan terawal yang dibuat sejurus mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum lalu.

Zulkifli berkata, rapat umum itu kelak akan melibatkan antara 40,000hingga 100,000 ahli NGO dan persatuan Islam.
"Kami telah mengadakan perbincangan dengan NGO dan persatuan Islam di seluruh negara dan mereka bersetuju untuk memberikan kerjasama,'' katanya.

Menurut Zulkifli, PPPIM menghormati hak orang bukan Islam untuk memelihara dan memakan daging haiwan itu bagaimanapun, lokasi projek tersebut tidak sesuai kerana hampir dengan penempatan penduduk yang majoritinya kaum Melayu beragama Islam.

"Perasaan dan sensitiviti orang Melayu harus dihormati apatah lagi projek ini mempunyai implikasi dari segi alam sekitar, kebersihan dan kesihatan penduduk di situ,'' jelasnya.

Tambah beliau, memorandum itu juga meminta supaya ladang-ladang ternakan babi sekitar perkampungan di Sepang sekarang dipindahkan ke tempat lain yang sesuai.

"Sepang yang mempunyai 17 kampung dengan jumlah penduduk seramai 20,000 orang, kini menghadapi masalah pencemaran daripada ternakan babi yang berjumlah 600,000 ekor,'' katanya.

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum Taming Sari,

Teruskan perjuangan anda yg murni dlm membela Agama,Bangsa dan Negara

Bila Nabi Isa a.s muncul nanti dia pun akan membunuh babi-babi