Khamis, Julai 17, 2014

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG GOTZE!



Mario Gotze bukanlah pemain tumpuan yang dimiliki pasukan Jerman sehinggalah dia menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan, untuk membolehkan Jerman menjulang trofi Piala Dunia.

Gotze tidak bermain ketika Jerman menewaskan tuan rumah Brazil 7-1 dalam aksi separuh akhir, malah hanya muncul sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki 7 minit semasa menewaskan Perancis di peringkat suku akhir.

Dia sekali lagi diketepikan untuk membarisi kesebelasan utama pada perlawanan akhir, sebelum tampil menggantikan Miroslav Klose di minit ke-88. Tetapi dialah pemain yang menghadiahkan Jerman Piala Dunia ke-4 menerusi rembatan di minit ke-113 selepas menerima hantaran daripada Andre Schurrle.



Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang pemain ini:

- Masih berumur 22 tahun.

- Membuat perpindahan kontroversi bernilai 37 juta euro (RM160 juta) daripada Borussia Dortmund (kelab sejak zaman kanak-kanak) ke pesaing Bayern Munich pada musim lalu. Penyokong Dortmund menganggap ia sebagai pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan dan sejak perjanjian itu diumumkan dua bulan sebelum akhir musim ini, penyokong Dortmund terus marah sehingga ada banner tertulis: "Mengejar wang menunjukkan betapa kurangnya kesetiaan anda. F *** off Gotze!."

- Perpindahan itu membuatkan Gotze menjadi pemain kedua termahal Jerman untuk sepanjang zaman, selepas Mesut Ozil yang berpindah daripada Real Madrid ke Arsenal beberapa bulan kemudian dengan yuran bernilai 50 juta euro (RM217 juta).

- Bayern membuat permohonan maaf kepada pengeluar kit Adidas selepas Gotze muncul di sidang media pertamanya dengan memakai baju Nike.

- Tampil bersama pasukan yang memenangi kejuaraan 'treble' musim sebelum ini, Gotze menjadi pemain kegemaran Pep Guardiola tetapi dia masih berhempas pulas untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Bayern.

- Gotze menamatkan musimnya dengan 15 gol dan 14 'assist' dalam keseluruhan pertandingan.

- Kerjaya profesional Gotze hanya melibatkan lima musim, tetapi dia telah memenangi dua gelaran Bundesliga dan DFB Pokal bersama Dortmund, serta memenangi DFB Pokal, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada musim lalu bersama Bayern. Dan kini, dia memiliki Piala Dunia.

- Diberi gelaran "Messi Jerman," tetapi Gotze memberitahu wartawan: "Tidak, saya mahu menjadi Cristiano Ronaldo Jerman."

- Sebelum menjejakkan kaki dalam perlawanan akhir Piala Dunia, pengurus Jerman Joachim Low memberitahu Gotze: "Tunjukkan kepada dunia bahawa kamu lebih bagus daripada Messi dan kamu boleh memutuskan keputusan perlawanan.

- Dan dia kini memiliki Piala Dunia, mengatasi Ronaldo mahupun Messi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: