Ahad, Julai 20, 2014

#MH17: Kotak hitam kedua ditemui?




Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai.

Menurut seorang jurugambar Reuters, kotak tersebut ditemui pekerja penyelamat.

Ia merupakan kotak yang kedua selepas kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menjumpai salah satu kotak hitam pesawat itu, yang dikatakan dibawa ke Moscow untuk pemeriksaan.

Daily Mirror melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk berkata: "Tentunya kami akan menyerahkan kepada Interstate Aviation Committee, kepada Moscow.


Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu telah berjanji untuk menyediakan bantuan dalam siasatan tragedi penerbangan MH17 dan berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.

Bagaimanapun, Kiev menafikan dakwaan yang mengatakan puak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine daripada sampai ke lokasi kemalangan.

Petugas keselamatan bekerja melalui serpihan pesawat yang jatuh dan tersebar dalam beberapa kilometer di kawasan yang dikatakan terhempas.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: