Sabtu, Ogos 04, 2012

Mat Sabu kata Pas pastikan Selangor kekal?



Pas menghormati kajian dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung ramalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dan akan berusaha lebih kuat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan.

"Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13.

Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor.

"Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya.

Dilihat hasrat Mat Sabu dan kegairahan Mustafa Ali nak mengekalkan kuasa menambahkan lagi kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila PAS berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur PAS adalah DAP.

Sebaliknya DAP walaupun PAS sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam.

PAS pula hanya ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti PAS. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Mordechai Kuchai berkata...

Bukan boleh di pertahankan dengan kempen atau tenaga atau senjata. Nasi telah menjadi bubur.

Pertahankan dengan jasa. Kalau memerintah habis semua jahanam. Tiada apa lagi nak di pertahankan.

Boleh lah buat program mempertahankan binantang PR semata mata untuk sapu peruntukan Yahudi. Lebih dari itu tak da la.