Ahad, Ogos 05, 2012

Kewangan UNISEL meruncing...!!! 3,000 pelajar tiada asrama?



Dianggarkan lebih 3,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing bermula esok.

Masalah itu berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengurusan Unisel setelah mereka berhasrat untuk mengkaji semula perjanjian pakej konsesi Bina, Kendali, Pindah (BOT) kerana ia tidak memihak kepada universiti itu.

''Kajian semula yang ingin dilaksanakan Unisel terhadap konsesi BOT itu difahamkan antaranya termasuk pengurangan kadar yuran asrama.

''Namun, dikatakan pihak pengurusan kolej-kolej kediaman tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas alasan mereka turut menanggung kos yang tinggi dalam mengendalikan tempat itu termasuklah dari segi penyelenggaraan," kata sumber tersebut kepada pemberita di sini hari ini.


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel), Mohd. Jefri Abu Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai masalah tersebut pada pagi ini.

Katanya, pihaknya mendapat maklumat ada para pelajar yang baru berdaftar mengadu tidak dapat masuk ke kolej kediaman kerana pejabat pengurusan kolej ditutup.

"Setakat ini, kita belum menerima penjelasan rasmi daripada pentadbiran Unisel.

"Namun, buat masa ini kita sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti untuk mencari penempatan alternatif para pelajar terlibat di kawasan sekitar kampus," ujarnya yang menyatakan masalah tersebut hanya berlaku di Unisel Kampus Bestari Jaya sahaja.

Dalam pada itu, sumber berkenaan menambah, tindakan pihak pengurusan kolej-kolej kediaman enggan membenarkan para pelajar masuk ke tempat tinggal masing-masing turut akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar yang mula berdaftar untuk sesi baru Unisel nanti.

Difahamkan para pekerja konsesi kolej kediaman tersebut sudah tidak datang bekerja kerana syarikat masih belum membayar gaji berpunca daripada kegagalan pihak Unisel membuat pembayaran berkaitan.

Ekoran masalah itu, para pekerja berkenaan kini berhadapan masalah kewangan dan lebih menyedihkan apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.


Naib Canselor Unisel, Profesor Dr. Anuar Ahmad gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan terperinci kewangan Unisel.

Menurut Noh, pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

Selain dakwaan mengalami kerugian, Unisel turut dilaporkan bakal menjadi projek gajah putih ekoran terlalu banyak campur tangan politik setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil alih pentadbiran universiti itu.

Keadaan itu dikatakan bakal berikutan tindakan Abdul Khalid melantik individu yang terlibat dalam politik sebagai Lembaga Pengarah Unisel, sekali gus dilihat banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan universiti itu.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Mordechai Kuchai berkata...

Pendidikan percuma konon ha ha ha. Beruk kaki bontot cakap lain.. jadi lain.

Jual tanah lah... otak pun macam mengurus rumahtangga.

Bangang PR

myonemazlin berkata...

Kasihan UNISEL. Tak sangka begini jadinya apa bila pembangkang memerintah. Kalau negara yang diorang perintah. Entah apa yang akan terjadi