Jumaat, Januari 14, 2011

Gempar! Portal MalaysiaKini sudah tidak sehaluan dengan PAS!


















Kelmarin Harakahdaily melaporkan kenyataan Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman yang menuduh MalaysiaKini menipu apabila membuat laporan berita! Beliau mendakwa bahawa tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' yang disiarkan pada 12/1/2011 sebagai mengelirukan dan menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.

Agak menghairankan apabila HarakahDaily hanya melaporkan beberapa perenggan sahaja yang dikritik oleh Setiausaha PAS Selangor. Tetapi jika dibaca keseluruhan laporan MalaysiaKini, boleh dikatakan bahawa kesemua laporan tersebut boleh 'mendatangkan salah faham dan kekeliruan' bagi pihak PAS! Seolah-olah macam ada yang tak kena! Adakah ini sandiwara terbaru Pakatan Rakyat atas arahan orang yang suka membaling batu, tetapi sembunyi tangan!

Setiausaha PAS itu mendakwa bahawa kenyataan di bawah merupakan satu pembohongan yang telah dilakukan oleh MalaysiaKini!

Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.

Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,".


Dan oleh kerana MalaysiaKini didakwa telah berbohong maka pihak PAS Selangor menuntut supaya portal tersebut meminta maaf secara terbuka!

Berikut adalah laporan penuh MalaysiaKini yang menjadi kontroversi :-

PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohammed Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya. Bagaimanapun, masalah timbul apabila Mohammed Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik. Tambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohammed Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi. Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya. Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin. Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.
Pujuk Shuhaimi mohon maaf

Dalam pada itu, Hasan juga berkata beliau akan menasihati ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei supaya memohon maaf daripada Sultan Selangor berhubung kenyataan yang dikeluarkan wakil rakyat muda itu.

Shuhaimi disiasat polis hari ini dipercayai berhubung satu kenyataan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor. Hasan juga berkata beliau yakin Shuhaimi akan berbuat demikian.

Nampaknya, kredibiliti MalaysiaKini telah dicabar oleh puak politik mereka sendiri! Selama ini web portal berita itu menyebelahi dan memenangi parti PAS tetapi hari ini portal tersebut seperti 'ditikam dari belakang' dan dimalukan!

Apakah MalaysiaKini mahu mengaku dan melutut begitu sahaja hingga boleh menjatuhkan maruah portal tersebut atau MalaysiaKini akan mempertahankan nilai laporan berita mereka? Jika mereka benar-benar ada maruah dan berada di pihak yang benar, MalaysiaKini tidak akan melutut kepada permintaan PAS. Kita tunggu reaksi MalaysiaKini!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari..

1 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Salam ziarah salam perjuangan.
Mohon link ke blog tuan.
T Kasih