Isnin, Januari 24, 2011

Lebih 1,000 berarak bantah pindaan Undang-Undang Tubuh Selangor!

Lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) hari ini berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Bantahan itu dibuat sempena sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang diadakan hari ini.

Kumpulan NGO berkenaan yang disertai antaranya Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 10.30 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer.

Wakil kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo menyerahkan memorandum berkenaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Sementara itu sebelum sidang DUN bermula : Badrul Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor

Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini.

Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi.

Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi.

“Saya tak dibenarkan masuk…pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi,” katanya.

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari dari speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan. Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

taipingcentral_harapan melayu berkata...

terbaik posting bro, tahniah.. ushar juga blog teman yer... http://taipingcentral.blogspot.com/2011/01/terbaik-mb-perak-umum-bonus-di-perak.html