Selasa, Januari 04, 2011

MB Khalid putar belit kenyataan : Sultan sebenarnya ada kuasa eksekutif!

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

‘‘Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

‘‘Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

‘‘Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Lihatlah putar belit MB Khalid di malaysiakini.

Berikut adalah kenyataan terbaru dari pihak Istana : Tindakan MB tidak wajar – Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri setelah calon dilantik adalah tidak wajar.

Ini kerana, titah baginda, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah memerintahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon dipersembahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada baginda.

"Bukannya berbincang selepas jawatan SUK Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.

"Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK Negeri kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu," jelas Mohamad Munir.

Dilihat tindakan terdesak MB Khalid memutar belit kenyataan setelah mengadakan pertemuan dengan baginda Sultan Selangor! Selepas pertemuan tersebut, Khalid Ibrahim dikatakan akan mengadakan sidang dewan undangan negeri ( DUN ) tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

"
Keputusan itu diambil setelah pertemuan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam."

Padahal : Sebenarnya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

Difahamkan bahawa 3 orang calon dari Menteri Besar dikatakan berbangsa Melayu, Cina dan juga India. Jadi adakah Khalid benar-benar faham tentang undang-undang tubuh Negeri Selangor! Mengikut perlembagaan, kuasa eksekutif untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan negeri adalah di bawah ketua jabatan kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Negara dan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.

Cuma tambahan kepada jawatan Setiausaha Kerajaan negeri, mereka perlulah beragama Islam dan berketurunan Melayu. Mungkin disebabkan oleh itu MB Khalid beria-ria benar hendak membuat sidang DUN tergempar supaya perlembagaan ini dapat dipinda mengikut selera Pakatan Rakyat. Tetapi sebelum itu Khalid perlu ingat sebarang cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

jiwakita berkata...

salam....

sebelum MB minta perkenan baginda
untuk buat sidang tergempak...eloklah
minta izin DAP dulu....hehehe ade brani ker?

Panglima Perang Cyber berkata...

cerdik ko bodoh diorang ni perintah negeri ?