Khamis, April 02, 2009

Apabila Perosak Menjadi Ulama!

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI
PAS

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA
MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN
AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN
MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN
DENGAN PAS

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE)

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM
BIDANG PERUNDANGAN ISLAM)

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI
MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI,
TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG
ISLAM

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI
PILIHANRAYA

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK
MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN
PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM
PERUNDANGAN ISLAM

Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi
alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja
dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat
amalannya.


Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Suara Politik
Taminsari

13 ulasan:

Jumayatara berkata...

UMNO masih tidak belajar dari sejarah, asyik mengelumang dengan rasuah.

Untuk mendapat sokongan rakyat yang semakin cerdik, kritikan dan hinaan terhadap pemimpin seperti TG Nik Aziz atau IR Nizar tidak akan memberi apa-apa kesan...kerena akhlak mereka menafikan semua itu...

Kritikian dan penghinaan begini akan menambah lagi sokongan rakyat
terhadap PAS dan UMNO semakin dibenci...


Belajar lah dari sejarah, guna pendekatan yang bijak...


Jangan asyik begini, karat minda anda

Dida... berkata...

Syabas ToKMudim... saya sokong anda 200%

Tanpa Nama berkata...

syabas belantan. saya setuju dengan anda 300%.

puak pas dah panas punggung.

kena batang hidung sendiri, depa kata menghinalah, mengkritiklah. tapi bila depa kata kat orang lain, semuanya boleh.

pas sanggup gadai prinsip untuk berkuasa.

Z-MAY berkata...

yg tak betul perlu dikutuk. tak kira sesiapa. penyeleweng agama akan dilaknat sudahnya. luncai pula, akan terjun dgn labu2nya...

Unknown berkata...

Nik Aziz memang gila kuasa...

Sebab tu rumah dia macam istana...

Kereta pun paling kurang BMW.

Tak macam pemimpin korang semuanya tawaduk...hidup dunia seadanya..mana ada MEWAH2.cari ghazali....cari shafiee....


Lu fikirlah sendiri....lu pun ada otak kan..?.

oyabun berkata...

Salam Sdr.Taminsari. Pendedahan yang hebat dari saudara. Sesungguhnya saya yakin bahawa puak-puak disana tidak dapat menerima kenyataan ini. Bagilah segala fakta2 yang cukup, namun bagi mereka segala salahlaku Tok2 Guru atau Pemimpin2 masih mereka menafikannya.

Seperti kata sdr.reeczar, puak PAS sudah panas punggung dengan pendedahan ini. TokMudim kata rakyat sudah semakin cerdik untuk menilai segala kritikan terhadap pemimpin2 PAS, tetapi adakah kecerdikan mereka itu waras? Menghalalkan apa yang haram, mengiyakan apa yang jahil, segala apa yang jahil dilakukan oleh pemimpin mereka semuanya benar. Adakah ini kecerdikan yang TokMudim maksudkan. Inilah hasil selama lebih 50 tahun Pas memusuhi UMNO. Sepatutnya TokMudim kena belajar dari sejarah penubuhan UMNO sebelum nak mengajar orang lain?

Baru-baru ini kecoh Nizar meroyan nak jadi Imam di masjid Simpang, Taiping dan hari ini sekali lagi beliau meroyan tak tentu pasal kerana tak dapat menjadi Imam sembahyang jenazah?

Solat jenazah Allahyarham Ismail Dahaman Naib Ketua UMNO Cawangan Changkat Iboi tercemar bila calon Pas DS Nizar cuba ambil alih nak jadi iman dari Dt Kapt Najmudin.

Bila diminta solat bersama, Nizar yang tak dapat jadi iman terus tinggalkan rumah arwah.

Inilah lah contoh pemimpin yang Siddiq, Fatonah, Tabligh, Amanah. Nizar memang seorang pemimpin baik. Dia suka jadi Imam solat. Bila tidak dapat jadi imam, dia pun blah.

Sikap Nizar ni sama macam Anwar yang sangat suka jadi pemimpin no 1. Kalau dia tak dapat jadi no 1, maka dia pun blah, kata macam-macam kat orang tuh.

Hari tu berebut mic masa jadi imam dan masa ada majlis bacan yasin UMNO. Hari ini berebut nak imankan jenazah pula. Apa nak jadi ni Nizar? nak menang pun janganlah memalukan Islam. Mu ni isle ke gapo? ( teringat kata Nik Aziz ).

Semasa menjadi MB Perak pun beliau pernah meracau jugak? Ucapan perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika Nizar Jamaluddin masih bergelar Menteri Besar Perak, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam. Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.

Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan. “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar?

Persoalan kepada puak-puak PAS, APA SEBENARNYA YANG PAS NAK PERJUANGKAN!

Nak dikatakan berjuang untuk menegakkan perjuangan dan negara Islam, rasanya sudah tidak ada. Jauh api dari panggang. Bila bercakap tentang Islam berdegar-degar, tapi tak sedar di punggung berselaput dengan najis. Cakap tak serupa bikin dan memalukan. Itulah yang boleh dikatakan pada PAS ketika ini? Ini belum lagi nak ceritakan pasal Nik Aziz, Ustaz hadi dan pemimpin2 Pas yang lain. Biarlah puak-puak PAS yang cerdik pandai ini memikirkan sendiri yang mana baik dan yang mana jahil?

Teruskan penulisan anda Taminsari. Mudah-mudahan memberi kesedaran kepada puak-puak jahil ini.
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Tok Pambu berkata...

Melayu/islam kutuk islam/melayu.

Bodoh punya manusia.

Tok Pambu berkata...

Teruskan lah kutuk mengutuk islam vs islam sehingga islam musnahkan sama sendiri.

Islam sedang menghancurkan sesama sendiri - Teruskan.

Cicit Tok Mat Alam berkata...

Yer la.. saya pun tak pernah dengar Nik Aziz cerita pasal HUDUD kat forum perdana kat TV1 ker.. or kat TV3 ker... cerita macamana dia nak buat... yang duk tau kat Utusan, BH dgn harakah.. tu... tulisan... ape2 org bole tulis... Cuba Nik Aziz cerita kat TV1... saudara Shaberi jemput Nik Aziz bagi dia masa cakap pasal HUDUD..teringin gak nak tgk NIK AZIZ kat forum TV... LIVE...

Taminsari berkata...

Salam...

UMNO/BN lahir kerana PERPADUAN pada tahun 1946. PAS lahir kerana PERPECAHAN pada tahun 1951.
Yang lahir diatas nawaitu yang baik sentiasa diberkati Allah, diberi petunjuk sepanjang zaman walaupun pemimpin tidak bertaraf ulama.

Tetapi yang lahir atas niat yang salah, membawa umat berpecah-pecah, tidak mendapat rahmat dari Allah, hidupnya sukar dan payah.

PERPADUAN SURUHAN ALLAH
PERPECAHAN LARANGAN ALLAH.

Ingatlah, semua benih hendaklah dari yang terbaik supaya membuah hasil yang baik, apalagi keturunan
manusia, itulah anjuran Al Quran dan Hadis Rasullah
SAW.

Allah suka kepada mereka yang berjuang dijalanNya dalam satu barisan yang teguh seperti satu binaan yang utuh.- Maksud Al Quran Surah Al Saf.

PAS terus berpegang kepada PETUA SESAT! Amanat Hadi...Inilah punya kepada perpecahan umat Islam dinegara sekarang. Siapakah yang memulakan? Tepuk dada tanya selera?

Sehingga kini petua orang UMNO kafir dibiarkan terlekat erat di hati para penyokong PAS yang taksub. Pihak PAS tak bercadang untuk membaikpulih (islah)
petua sesat ini, walaupun mereka memperakui pendapat ini salah,
mereka lebih rela penyokong-penyokong sesat dari menyatakan kebenaran. Tok Guru Nik Aziz pun ada berkata bahawa mengkafirkan UMNO adalah gara-gara militan PAS? Siapakah itu Militan-Militan PAS? Anda boleh rujuk kepada TOK-Tok Guru anda semua..

Ingatlah:

Orang yang menyembunyi kebenaran dari Allah, mereka akan dilaknat melainkan mereka yang Taubah dan Islah (membaikpulih) semula ke jalan yang benar.- Maksud Al Quran, Ayat 160. Surah Al Baqarah.

Bukan bermaksud untuk mengutuk atau menghina sesiapa, tapi ini adalah kenyataan dari fakta yang benar?

Wallahuallam.

Lin berkata...

Salam Sdr Tamingsari

saya menyokong penuh tulisan sdr dan berharap semua umat islam dalam pas sedar akan kepimpinan pas yang menguasai minda mereka dengan menggunakan pejuangan keislaman demi kepentingan politik...

Tam Dalyell berkata...

TokMudim berkata...

"... rakyat yang semakin cerdik .."

Sungguh benar kata TokMudim. Mudah-mudahan TokMudim terjumlah golongan itu dan mudah-mudahan bertambah kecerdikan TokMudim.

Saya TokMudim, semakin belajar semakin merasa bodoh.

Kebodohan saya ini memberi tahu bahawa sesetengah Melayu Murtad (bukan Islam Murtad n.b.m.thalik) di dalam DAP atau PAS terutama PKR itu
(1) pandai tak boleh diikut
(2) bodoh tak mau diajar
(3) tarok depan tak layak jadi ketua (Masih jadi kerbau cucuk idung)
(4) tarok belakang tak boleh dipercayai (heh heh dia kuat menyontot)

Sebodoh-bodoh saya, (mengikut tuan Taminsari punya akal), saya tahu siapa nak pilih. Saya pilih yang berjasa kepada anak bangsa .. sekolah free, hospital ditanggung, yang susah ditolong .. disabsidi .. macam-macam kebaikan ada .. macam-macam adaaa .. Tetapi yang dikatakan PR tu setahun dia memerentah .. tak memerentah pun .. huru hara keliling negara dibuatnya .. sampai "tak tahan pak lah" ..

Macammana dia nak tahan ... Nuar asyik kejar dok belakang dia je.

Cerdik-cerdik TokMudim masih salah pilih gak.

Maaf ye tokmudim ... cakap banyak nanti kena sunat pulak.

qwerty berkata...

nik aziz akan dikafankan dengan bendera PAS supaya bila bertemu malaikat nanti ,, nik aziz akan tanya malaikat samada malaikat tu malaikat PAS... kalau malaikat PAS boleh soal dia...

sekarang nik aziz dah tua.. cakap dah nyanyok,,.tak boleh berdiri lama.. PAS tu pakai kerusi roda.. PAS tu pakai katil beroda ... PAs tu.. Kubor beroda... PAS tu buat patong nik aziz beroda ... PAS tu Hampas....