Selasa, Mac 31, 2009

SIAPA SEBENARNYA ANTI ISLAM DAN PETUALANG BANGSA!




















Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.

Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.

Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.

Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”

Pas sudah memerintah Kelantan lebih 17 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula?

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslihat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menmpung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”

DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)

KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)

Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?

Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.

Suara Politik
Taminsari

11 ulasan:

Lin berkata...

SALAM SAUDARA TAMINSARI

IZINKAN SAYA MEMASUKKAN ARTIKEL SAYA DI BAWAH UNTUK TATAPAN AHLI PAS YANG MENUDUH UMNO MENOLAK ISLAM

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN

ADAKAH BENAR TUDUHAN PAS UMNO MENOLAK ISLAM?

ADAKAH BENAR TUDUHAN DAN FITNAH PAS MENGATAKAN UMNO MENOLAK ISLAM? ADAKAH MEREKA SEDAR ATAU TIDAK SEJAK MEREKA LAHIR KE DUNIA INI, KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MELAKSANAKAN FARDHU KIFAYAH DAN FARDHU AIN DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMERINTAH DI MALAYSIA.

DALAM ISLAM MEMINTA KITA BERUSAHA MENINGKATKAN DIRI DAN MEMAJUKAN EKONOMI KERANA KEMISKINAN AKAN MENDORONG UMAT ISLAM MELAKUKAN MAKSIAT

PEMBANGUNAN DAN PEMBUKAAN TANAH

SEHUBUNGAN ITU, KERAJAAN UMNO TELAH MERANGKA PELAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI SECARA MENYELURUH BERMLA DENGAN PEMBANGUNAN HASIL PERTANIAN. ALLAH MENYEDIAKAN TANAH UNTUK DIUSAHAKAN DAN DENGAN HIDAYAT YANG DIBERIKAN MAKA LAHIRLAH PROGRAM BUKU HIJAU DI MALAYSIA. SELEPAS ITU, AYAHANDA PRESIDEN UMNO IAITU TUN ABDUL RAZAK TELAH MELAKSANAKAN PROGRAM MEMBUKA TANAH UNTUK MEMBERI PELUANG DAN KESENANGAN KEPADA RAKYAT MELAYU YANG BERADA DALAM KELOMPOK KEMISKINAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA.

PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM

RAMAI YANG TIDAK SEDAR SEGALA USAHA KERAJAAN ISLAM UMNO YANG MEMBANTU BANGSA MELAYU UNTUK BERJAYA DALAM BIDANG EKONOMI DENGAN PENGENALAN DEB. ANTARA SALAH SEORANGNYA IALAH TAN SRI KHALID IBRAHIM YANG LAHIR DARI DEB. TAPI KINI MENJADI PENENTANG UTAMA DEB KERANA LUPA DIRI DARI MANA ASALNYA DAHULU.

KERAJAAN ISLAM UMNO MENGELUARKAN PERUNTUKAN KEWANGAN DAN BANTUAN TEKNIKAL KEPADA RAMAI USAHAWAN MELAYU ISLAM UNTUK MEMASTIKAN KESIMBANGAN AGIHAN EKONOMI DI NEGARA INI TANPA MENGHARAPKAN SOKONGAN POLITIK DARI MEREKA. WALAUPUN KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA KEMBALI MENENTANG KERAJAAN ISLAM UMNO INI.

KERAJAAN ISLAM UMNO MENUBUHKAN TABUNG HAJI UNTUK MENGURUSKAN JEMAAH HAJI DI TANAH SUCI DAN DALAM MASA YANG SAMA TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UNTU KEPNTINGAN UMAT ISLAM.

MELAHIRKAN CERDIK PANDAI MELAYU/ISLAM

KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MELIHAT UNTUK MEMBENTUK SUATU BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM YANG MAJU MAKA MODAL INSAN PERLU DITITIK BERATKAN MAKA TERTUBUHKAN UNIVERSITI MALAYA, UNIVERSITI KEBANGSAAN, USM, UIA DAN SEBAGAINYA.. HANYA BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN CERDIK PANDAI DARI KALANGAN ORANG MELAYU.. BAGI MEMASTIKAN MURID MELAYU TIDAK KETINGGALAN, KUOTA DILAKSANAKAN
MAKA LAHIRLAH PARA DOKTOR, PENSYARAH, PENTADBIR DAN PAKAR-PAKAR DALAM BIDANG TERTENTU.. INILAH ANTARA SUMBANGAN UMNO

MENDAULATKAN ISLAM

KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO MELIHAT SINAR ISLAM PERLU DILETAKKAN DILANDASAN YANG BETUL DAN MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA ISLAM YANG LAIN MAKA PERTANDINGAN MEMBACA AL QURAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARA BANGSA TELAH DIADAKAN DAN BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI QARI DAN QARIAH DI MATA DUNIA.

MENYEDARI PERMASALAHAN UMAT ISLAM DALAM URUSAN BANK MAKA KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MENUMPUKAN USAHA MELAHIRKAN SATU SISTEMPERBANKAN ISLAM YANG PERTAMA DI DUNIA DAN DIIKTIRAF OLEH UMAT ISLAM YANG LAIN.

KERAJAAN ISLAM UMNO JUGA MENGUJUDKAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, KOLEJ PERUBATAN ISLAM DAN PELBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI NEGARA INI.

KEBEBASAN AGAMA DAN MENDAULATKAN ISLAM AGAMA RASMI

KERAJAAN ISLAM UMNO TIDAK MENGHALANG MANA-MANA PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MASING-MASING. KERAJAAN ISLAM UMNO MEMBERI KEBEBSAN BERAGAMA KEPADA SEMUA RAKYATNYA DAN DALAM MASA YANG SMA MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA.

MENYAMBUT SERUAN ALLAH SUPAYA KITA SALING KENAL MENGENALI DENGAN UMAT YANG DILAHIRKAN DI DUNIA INI MAKA KERAJAAN ISLAM UMNO TELAH MEMBINA KEMUDAHAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DAN SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MENGENALI NEGARA LUAR DAN RAKYAT ASING MENGENALI MALAYSIA.

MENYEMAI AMALAN MURNI ISLAM DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA

KERAJAAN ISLAM UMNO MEMPERKENALKAN AMALAN MURNI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN IAITU PUNCH CARD, BERSIH CEKAP AMANAH, MEMERANGI RASUAH DAN SEBAGAINYA BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN AMALAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN..

NAMUN RAMAI YANG MENUDUH UMNO RASUAH. INI KERANA KAKITANGAN YANG MENGAMALKAN RASUAH DIKAITKAN DENGAN UMNO. MEREKA LUPA BAHAWA KERAJAAN JUGA DIANGGOTAI OLEH PELBAGAI AHLI PARTI POLITIK BAIK PAS, DAP DAN PKR. MENGAPA UMNO DIPERSALAHKAN KALAU SEORANG PEGAWAI KERAJAAN YANG MENYOKONG PAS DIDAPATI BERSALAH TERLIBAT DALAM RASUAH? PERKARA INI KURANG DIBERIKAN PERHATIAN

PEMIMPIN PAS HARUS SEDAR RAMAI AHLI PAS YANG MENCARI REZKI DENGAN BERKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM KERAJAAN UMNO. MEREKA DIUMPAMAKAN GUNTING DALAM LIPATAN DAN MENANGUK DI AIR YANG KERUH. MEREKA MENGUTUK KERAJAAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA MENERIMA GAJI DARI KERAJAAN YANG MEREKA KUTUK.

MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM

KERAJAAN ISLAM UMNO JUGA HARUS TIDAK DILUPAI MENJADI TONGAK DAN BARISAN HADAPAN NEGARA INI UNTU MEMPERTAHANKAN SYIAR ISLAM BAIK DI PALESTIN ATAU NEGARA ISLAM YANG LAIN. PENGLIBATAN DALAM MEMBANTU UMAT ISLAM DI BOSNIA, PALESTIN, SAMOLIA DAN SEBAGAINYA DILAKUKAN ATAS DASAR KESEDARAN KITA SEMUA ADALAH BERSAUDARA.

APABILA ADA PIHAK YANG CUBA MENAFIKAN HAK ISLAM DI NEGARA INI, UMNO AKAN KEHADAPAN MEMPERTAHANKANNYA SEPERTI CUBAAN GEREJA KRISTIAN UNTUK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DALAM MAJALAH EDARAN MEREKA. UMNO TERUS MEMPERTAHANKANNYA WALAUPUN MENDAPAT TENTANGAN DARI PIMPINAN PAS DAN PKR.

APAKAH SUMBANGAN PAS

SELAIN MENAFIKAN SUMBANGAN PEMIMPIN UMNO INI, PEMIMPIN PAS MENGKAFIRKAN PEMIMPIN UMNO DAN MENGHARAMKAN SEMBELIHAN ORANG UMNO DARI DIMAKAN OLEH ORANG PAS, MENGHARAMKAN AHLI PAS MENGIKUTI IMAM UMNO DAN SEBAGAINYA.

KEADAAN INI MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. ADAKAH INI YANG DIAJARKAN OLEH AJARAN ISLAM? TETAPI SEHINGGA KINI, PEMIMPIN PAS MERACUNI AHLI PAS BAHAWA UMNO MENOLAK ISLAM, PEMIMPIN UMNO TAK MENGAMALKAN KEHIDUPAN ISLAM, UMNO RASUAH DANS EBAGAINYA TANPA MELAKUKAN SEBARANG SUMBANGAN DAN IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA INI.

ADAKAH ISLAM SESEORANG ITU DINILAI DARI JENIS PAKAIAN YANG DIPAKAI, JENIS SERBAN YANG DIGUNAKAN?
TEPUK DADA TANYA SELERA. ANDA DIANUGERAHKAN AKAL MAKA GUNAKANLAH DENGAN SEADILNYA.

Taminsari berkata...

Salam Saudara Tungaklangit..terima kasih diatas hujah mantap dan bernas dari saudara. Mudah-mudahan penyokong-penyokong dan pemimpin2 Pas dapat menerimanya dengan hati yang terbuka akan hujah-hujah ini dan seterusnya dapat memikirkan dengan rasional akan kebenarannya.Apa yang boleh saya katakan adalah mereka sudah lupa daratan, lupa asal usul dan tidak berpijak dibumi yang nyata.
Wallahuallam.

Sedikit tambahan dari saya tentang Bangsa Melayu Yang Bertopengkan Melayu!

Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded".

Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.

Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN". Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.

Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.

UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.

Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.

Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.

Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.

Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.

Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.

Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.

UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.

Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.

Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?

Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.

Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Salam perjuangan

Z-MAY berkata...

org yg selalu di bibirnya sebut islam itulah yang selalunya haprak islam...

Lin berkata...

salam sdr taminsari..

saya ingin memamparkan penjelasan yang serba kekurangan dari saya mengenai dakwaan pas adalah barisan kepimpinan Islam di malaysia ini... adakah ini benar..

kepada saudara yang boleh menilai kebenaran hayatilah artikel saya ini..

salam



ADAKAH PAS DIPIMPIN OLEH KEPIMPINAN ISLAM

Persoalan yang dikemukakan oleh saudara wowbulan membuat saya sedar bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang bercirikan kepimpinan Rasullullah bukanlah suatu tugas yang ringgan dan ianya seperti sukar untuk dicapai lebih-lebih lagi kita kini berada di era akhir zaman.

2. Untuk menjelaskan permasalahan ini, saya akan menghuraikan makna pemimpin itu sendiri dari perspektis Islam, tanggungjawab dan ciri-ciri yang perlu ada dalam jiwa seseorang pemimpin Islam.

3. Di akhir perbincangan kita akan lihat samada berdasarkan hurai yang diberikan adakah seorang insane di Malaysia ini yang mempunyai kesemua cirri yang dimaksudkan dan dapat dinobatkan sebagai pemimpin yang mengikuti sunnah Rasullullah dan berjiwa ulama Ulama warisan Rasullullah.
Pengertian Pemimpin Dari Sudut Islam

4. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari menekankan bahawa setiap manusia itu adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan mereka baik sebagai seorang suami, bapa, isteri, sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi. Ini jelas dalam hadith Rasullullah seperti di bawah:

Rasullullah bersabda yang bermaksud : Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang di bawah pimpinan kamu. Seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan kadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya- (Hadith Riwayat Bukhari)

5. Pemimpin juga perlu mendahului kebajikan dan kepentingan rakyat walaupun terpaksa berlapar dan menderita untuk kebaikan rakyat yang dipimpinnya seperti mana kisah dari kehidupan Rasullullah seperti berikut:

Kisah rasulullah SAW yang mengikat kain berisi batu kecil pada perut baginda SAW kerana menahan lapar, sehingga mengakibatkan sebak di dada para sahabat kerana jawapan baginda, yang tidak mahu sahabat-sahabat mendapat beban serta khuatir akan pertanyaan Allah di hari pembalasan nanti tentang satu persatu hal dalam kepimpinan baginda menunjukkan akhirat akan memurnikan hati seorang pemimpin. Dan pimpinannya yang turut disemai dengan kefahaman yang sama juga akan lebih mengerti akan nilai kehidupan di alam dunia ini.

Tanggungjawab Pemimpin Dari Sudut Islam

6. Pemimpin perlulah juga sedar bahawa dia memimpin bukanlah hanya untuk duniawi semata-mata. Oleh itu sesiapa yang beranggapan bahawa dia memimpin hanya untuk kebaikan dunia maka itu adalah salah dan ulamak mengatakan bahawa pendapat yang demikian dari segi tauhidnya adalah tidak sah. Akidahnya tidak sempurna.

7. Syed Hawa mengatakan antara perkara yang membatalkan dua syahadah adalah apabila seseorang pemimpin itu menganggap bahawa dia hanya memimpin sekadar di dunia dan menafikan bahawa dia akan dipertanggung jawabkan diakhirat kelak.

8. Ini adalah pendapat jahil lagi sesat yang tidak harus ada pada seseorang pemimpin islam, makna nya akidahnya boleh terbatal.

Pengertian Kepimpinan Dari Sudut Islam

9. Kata Al-Imam Al-Mawardi ra. penulis buku “Al-Ahkam Al-Sultaniah”, kepimpinan itu adalah “Memelihara agama dan mengurus dunia”. Oleh itu kita perlulah menolak golongan yang tidak mahu menerima islam yang syumul, apalagi mencipta istilah dan label-label islam yang pada mereka lebih praktik untuk zaman ini.

10. Pendapat Islam Kahfah pula mengatakan bahawa soal kepimpinan tidak ada kena mengena dengan Islam, politik dan Islam dipisahkan oleh satu garis pemisah yang jelas dan tidak boleh langsung dicampur adukkan.

11. Ini adalah fahaman yang salah, ianya adalah fahaman sikular orang kristian, sedangkan dalam islam kepimpinan mesti dijadikan salah satu daripada kerukunan agama selain daripada menegakkan islam, menghayati iman dan mempertingkatkan ehsan iaitu rangka kepada sebuah negara kebajikan.

Pengertian Pimpinan Dari Sudut Islam

12. Oleh yang demikian pimpinan itu diistilahkan oleh ulamak dahulu dan sekarang sebagai satu “Taklif”. Ianya satu beban tanggung jawab. Bukan satu “Tashrif”, iaitu dijadikan alat untuk mencari pangkat, kekayaan dan kebesaran.

13. Seorang pemimpin yang rosak akidahnya beranggapan bahawa memimpin itu adalah satu anugerah atas keterampilannya, lalu menjadilah dia seorang bongkak yang sentiasa mencari glamour, harta dan kemewahan. Ingatlah bahawa memimpin adalah Taklif dan antonim nya adalah Tashrif.

14. Taklif membawa erti satu beban syarak, ini bermakna satu fardhu khifayah untuk sesebuah masyarakat itu melahirkan seorang pemimin islam yang berwibawa. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan masyarakat itu menanggung dosa selari dengan istilah amar makruf nahi mungkar.

15. Oleh itu jika ada pemimpin yang lebih baik, baik dari segi agamanya, ilmu duniawinya, moralnya, yang sanggup berkhidmat untuk rakyat, mesra rakyat, tidak sombong bongkak, jelas keiklasannya, bukan mengejar pangkat dan dunia, maka mereka yang terbaik itu lah wajib kita pilih dan mereka inilah sebenarnya pemimpin dari golongan yang terpilih.

16. Seorang pemimpin itu perlu mempunyai rasa tanggung jawab atas beban yang dipikulnya, oleh itu sudah tentu akhlak dan budi pekerti seseorang calon pemimpin perlu dikaji dan dihalusi.

17. Ini kerana seperti hadis Nabi saw, bahawa tujuh golongan yang mendapat perlindungan diakhirat nanti dimulakan dengan (Imamun Adil) Seorang Imam (pemimpin) yang adil. Begitulah tingginya taraf seorang pemimpin dari kaca mata islam maka itu sebagai masyarakat kita perlu lebih teliti dalam memilih siapa yang akan menerajui tahta pemerintahan.

18. Seorang yang bercita-cita atau ingin menjadi pemimpin sebenarnya tidak boleh merebut akan jawatan itu.

19. Dalam konteks sistem politik hari ini, seseorang individu daripada sesuatu parti politik itu tidak harus berkempen atau melobi pada peringkat pemilihan calon, tetapi seharusnya menerima apa sahaja keputusan mesyuarat.

20. Seseorang yang tidak terpilih tidak perlu marah dan berdendam sebaliknya seorang yang berakhlak tinggi akan bersyukur kerana tidak dibebankan oleh Allah akan amanah berat yang belum tentu mampu digalas. Manakala seorang yang dicalonkan pula tidak perlulah terlalu berbesar hati sebaliknya perlu beristighfar banyak-banyak semoga diberi kekuatan dan petunjuk oleh Allah untuk melaksanakan amanah yang bakal diterima dengan sebaik mungkin.

Bahayanya Tersilap Memilih Pemimpin

21. Nabi bersabda dengan makhum hadis berbunyi “Apabila seseorang pemimpin itu tidak layak, tetapi masih dipilih oleh masyarakat, maka tunggulah”.

22. Tunggulah, mengikut ahli-ahli hadis dan ulamak bermaksud tidak ada keberkatan dalam kepimpinannya, rakyat akan kecewa, fasad akan berlaku, dia gagal menjalankan amanah, seterusnya masyarakat akan ditimpa bala. Seseorang pemimpin yang gagal melaksanakan amanah Allah pula sebenarnya menanggung resiko yang terlalu besar disisi Allah.

23. Seperti sekarang, umat islam kehilangan kepimpinan yang berwibawa, sedarlah bahawa risikonya terlalu besar disisi Allah. Ulamak kini dan dahulu menegaskan bahawa tidak seorangpun pemimpin akan terlepas dari pandangan Allah di padang Mahsyar nanti kerana umat sekarang mengalami porak peranda, lemah, kucar kacir, berpecah belah, tidak berkepimpinan, tidak berarah dan terus dicengkam kemunduran dunia dan akhirat. Begitulah beban yang sebenarnya ditanggung oleh seorang pemimpin.

24. Itulah sebabnya Sayidina Omar berkata, dikala anaknya, Abdullah dipilih oleh orang ramai untuk menggantikan beliau atas sebab Omar adalah seorang yang luar biasa keadilannya, beliau berkata “Cukuplah dengan hanya Omar aku ini sahaja, tidak perlu lagi keluarga Omar memegang amanah Allah, kerana Omar ini pun belum pasti berakhir di syurga, mungkin dihumban ke neraka kerana gagal memimpin”.

25. Demikianlah akhlak seorang pemimpin Islam yang sejati yang benar-benar takut untuk berjumpa Allah dengan kepimpinan yang dibebankan keatasnya.

26. Persoalan di sini adakah kita dapat mencari siapakah dikalangan pemimpin Islam di Malaysia yang ada sekarang menepati pengerian, ciri-ciri kepimpinan seperti yang diterangkan di atas?

27. PAS pernah menguar-uarkan tentang kepemimpinan ulama’. Entahlah mungkin kerana kepimpinan mereka menjadikan ulama tersohor dulu sebagai contoh, atau pun kerana yakin barisan kepemimpinan mereka terdiri daripada ramai ulama’. Saya tak tahu yang mana satu.

28. Saya ingin bangkitkan beberapa persoalan kepada yang bertanya seperti di bawah:
i. wujudkah kepimpinan ulama’?

ii. Apa dia kepimpinan ulama’?

iii. Bagaimana kepimpinan ulama’?

iv. adakah kepimpinan PAS sekarang ini kepemimpinan ulama’kah?

v. tindak-tanduk dan setiap langkah yang diambil PAS sekarang ini tindak-tanduk, dan langkah ulama’kah?

vi. siapakah pula ulama’ dalam PAS?

29. Saya berharap PAS yang selalu menuduh UMNO sehingga tidak ada sekelumit pun yang betul dapat menunjukkan PAS itu betul segala-galanya. Namun, sebagai orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya agak sukar untuk menerima PAS itu betul segala-galanya. Kalau itu pun masih boleh dipertikaikan, bagaimana dengan kepemimpinan ulama’ PAS? Kalau bukan soal kepemimpinan ulama’ pun, bagaimana pula dengan prinsip perjuangan dan landasan PAS?

30. Tindakan menghalalkan lompat parti hanya kepada Pakatan Rakyat tetapi haram jika melompat kepada Barisan Nasional adalah contoh prinsip yang tidak berlandaskan Islam. Jika haram, maka haramlah semuanya tidak kiralah siapa pun yang melakukannya. Kalau betul, maka betullah. Saya tidak dapat menerima Islam yang hanya mengislamkan ahli-ahli partinya saja tetapi mengkafirkan kumpulan yang lain.

31. Sebagai mengupas persoalan di atas, saya berpendapat bahawa seseorang pemimpin Islam itu mestilah berjiwa akhirat. Pemimpin yang berjiwa akhirat akan melakukan pembangunan rohani, sebagai benih utama dalam pembentukan jatidiri dirinya sendiri serta rakyatnya (orang yang dipimpin).

32. Kemajuan perlulah dimulakan dengan mendidik jiwa akan sementaranya dunia ini. Akhirat adalah yang ditujui, baik sedar mahupun tidak. Tanpa rohani yang baik, tamadun tetap sahaja boleh dibangunkan, tetapi pengisiannya pasti penuh kecelaruan.

33. Persoalannya di sini, adakah dalam barisan kepimpinan islam di Malaysia yang layak kita angkat sebagai pemimpin yang berjiwa akhirat.

34. Siapakah orang ini?

Wallahualam.

.@blogger.com berkata...

Salam Bro Belantan,dan sdr. Tungajlangit,
saya mohon cnp komen sdr dan siarkan di blog BH. Terima kasih/

Taminsari berkata...

Salam Tungaklangit..

Terima kasih diatas hujah dan artikel yang hebat. Saya ada mengikuti hujah saudara di blog bekas MB Nizar. Nampak gayanya agak susah untuk memberi kesedaran kepada puak-puak yang jumud ini. Pada mereka Islam itu Pas dan Pas itu Islam atau sebaliknya?

Dan jika ditanya kepada saya ADAKAH PAS DIPIMPIN OLEH KEPIMPINAN ISLAM, maka jawapannya adalah TIDAK! Saya berkata begini
kerana saya dapati tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin2 dan ulama Pas yang layak dipanggil Pemimpin Islam. Mereka semua menyalahgunakan UGAMA untuk kepentingan POLITIK. Didalam kepala mereka hanyalah hendak BERKUASA.Itu sahaja!

Sebagai orang yang dianggap ULAMA atau pun TOK GURU oleh penyokong2 Pas demi untuk mendapat simpati undi atau rakyat, ulama2 mereka sanggup mengelarkan orang lain yang tak sehaluan dengan mereka sebagai " golongan celaka ", " Orang Utan " dan sebagainya yang saya anggap tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dikatakan Ulama atau Tok Guru? Bagi saya mereka tidak langsung menunjukkan sifat-sifat kepimpinan Islam seperti yang diuar-uarkan oleh penyokong2 mereka? Mereka hanya bersikap RIAK dan BONGKAK!

Saya mengambil contoh artikel yang pernah disiarkan tidak lama dahulu.

ULAMA SESAT MENGAKU PEWARIS NABI!

Dalam usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan pemimpinnya, Pas pernah mendakwa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak ulama.

Seperti biasa ahli-ahli Pas dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang benar mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta kekuatan umat Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam yang suci.

Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang berpelajaran agama, ulama adalah pewaris Nabi. Makna pewaris tidak begitu jelas. Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris Nabi maka segala kenyataan yang dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah Nabi?

Jika ya, maka apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh ulama menjadi sebahagian daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti mana al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang sahih tidak boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini umat Islam perlu menerima ulama sebagai setaraf dengan Rasulullah.

Jika ya, maka apakah ini bermakna bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, bahawa selagi ada orang yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada nabi-nabi dalam Islam?

Saya tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah pewaris Nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan Nabi atau adalah Nabi. Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi yang terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan Allah s.w.t. kita tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad s.a.w sebagai sekutunya.

Jika ulama bukan Nabi atau setaraf dengan Nabi maka mereka tentulah tidak maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah dan ajaran mereka boleh ditolak. Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka. Orang lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai menolak ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai berbagai-bagai mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu.

Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukan Nabi dan bukan memiliki sifat-sifat Nabi, namun gelaran ulama masih juga menjadi satu gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu diiktiraf sebagai pakar dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu dihormati dan tidak ditolak atau dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya.

Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah kita terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama dengan tidak meneliti asas-asas dakwaannya?

Bolehkah kita iktiraf sijil atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah pewaris Nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama? Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama. Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai ulama.

Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis Nabi seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam sebagai ulama. Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan pendapat mereka tentang ajaran Islam. Mereka juga menjangkau usia yang tinggi sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika itu barulah mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat semasa. Tidak ada sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat. Tidak ada sijil ulama yang diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika itu dan kemudiannya menerima mereka sebagai ulama.

Mereka ini hanya didorong oleh kepentingan agama Islam. Mereka tidak dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan lain, termasuk kepentingan politik. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan dengan itu tidak mempunyai keperluan mempertahankan politik parti mereka atau pun ahli-ahli parti mereka. Mereka inilah ulama Islam yang sebenar-benarnya.
Hari ini sesiapa sahaja boleh diberi gelaran ulama. Bahkan mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama mempunyai persatuan yang mana ini tidak pernah diadakan di zaman silam. Sesiapa yang menjadi ahli dalam persatuan ini kononnya menjadi ulama dan pewaris Nabi.

Dengan ini amatlah mudah bagi seseorang menjadi pewaris Nabi. Syarat untuk menjadi ahli persatuan dan dengan itu menjadi pewaris Nabi tidak dijelas kepada umum oleh persatuan.
Mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan lain, umpamanya kepentingan politik juga boleh mendakwa diri mereka sebagai ulama. Dan mereka juga percaya dan mahu masyarakat menerima mereka sebagai pewaris nabi. Segala dakwaan dan tafsiran agama yang dibuat oleh mereka tidak boleh ditolak, disoal atau dipertikaikan. Walaupun amat jelas yang dakwaan mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam, ia tidak boleh ditolak atau dipertikaikan.

Demikian apabila seorang yang mendakwa dirinya sebagai ulama, membuat kenyataan bahawa Tuhan mencarut, mengguna perkataan yang kotor yang manusia yang beradab dan beradat tidak sanggup menggunanya, maka dakwaan 'ulama' ini tidak ditolak atau dipertikaikan.

Sesiapa yang mempertikaikan kenyataan ini dituduh sebagai antiulama, tidak percaya kepada tokoh yang digelar ulama dan tidak menerima bahawa ulama adalah pewaris Nabi.
Ada juga mereka yang mendakwa bahawa orang yang seperti ini tidak Islam dan harus dibenci. Jika kita tidak boleh menerima semua yang mendakwa diri mereka sebagai ulama di zaman ini di Malaysia, siapakah yang boleh kita terima sebagai ulama dan pewaris Nabi?

Seperti juga di zaman dahulu tokoh agama yang boleh kita terima sebagai ulama ialah orang yang betul-betul alim dalam bidang agama Islam yang tidak ada kepentingan lain selain daripada perasaan bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kebenaran ajaran agama Islam.

Orang yang seperti ini berani mempertahankan kebenaran ajaran yang dibuat olehnya dengan alasan yang boleh diterima akal dan berasas kepada al-Quran dan hadis nabi yang sahih. Orang seperti ini juga berani menegur dan membetulkan segala ajaran dan tafsiran yang salah berkenaan agama Islam yang dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mendakwa diri sendiri sebagai ulama. Orang seperti ini akan memberi alasan yang kukuh yang berasas dan berpunca daripada al-Quran dan hadis Nabi yang sahih.

Orang seperti ini tidak akan membenarkan diri dipengaruhi dengan kepentingan diri, dengan kepentingan orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dengan kepentingan politik sesiapa, bahkan tidak takut kepada apa-apa tindakan yang mungkin diambil terhadapnya oleh sesiapa, sama ada pemerintah atau bukan pemerintah.

Jika kita terima hanya orang yang seperti ini sebagai ulama yang sebenar maka sudah tentu ramai daripada orang yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dan ramai pengikut yang taksub kepada mereka ini akan kecewa dan marah. Tetapi kemarahan mereka tidak boleh ditakuti oleh orang Islam yang betul-betul berpegang kepada agama Islam yang sebenar.

Janganlah kerana takut kepada orang tertentu dan kerana kepentingan diri atau politik maka orang yang bukan ulama diterima sebagai ulama dan ajaran atau tafsiran mereka diterima secara membuta-tuli. Jika ini dibuat maka akan rosaklah agama Islam yang suci dan akan berpecah dan bermusuh-musuhanlah orang Islam sesama sendiri.

Walaupun orang yang taksub dengan ajaran orang tertentu sehingga sebarang penjelasan berkenaan dengan siapa dianya ulama dan siapa bukan tidak akan diterima, namun penjelasan perlu dibuat juga. Kita sudahpun menyaksikan bagaimana seorang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi telah berjaya mengumpul penyokong yang amat setia kepadanya sehingga mereka sesat dan akidah mereka diragukan. Jika kita tidak ingin melihat orang-orang Islam menjadi sesat kerana terlalu taksub dengan 'ulama' yang berkepentingan lain, maka kita perlu menjelaskan berkali-kali tentang siapa dianya ulama dan apakah yang dimaksudkan dengan 'pewaris' Nabi. Mudah-mudahan akan terselamatlah umat Islam di negara ini daripada kesesatan.

Perbezaan fahaman politik dan ideologi tidak dengan sendirinya akan merosakkan akidah. Tetapi apabila politik dan ideologi dikaitkan secara langsung dengan agama Islam maka agama yang sebenar akan menjadi mangsa. Oleh itu janganlah kita dengan mudahnya menerima siapa sahaja sebagai ulama dan pewaris nabi dan kita membenarkan diri kita disesatkan oleh mereka.

Salam Perjuangan

Tai berkata...

Ulama tiada dalam Pas sebaliknya, semuanya bertopengkan ulamak.

Taminsari berkata...

Salam sejahtera Ss...

Mereka bertopengkan UGAMA untuk rakus berkuasa, padahal tidak ada langsung ciri-ciri kepimpinan!

Tai berkata...

Ha, memang pun. Teruknya.

Awanama berkata...

Taminsari...satu artikel yang menarik. Padat, rengkas dan tepat. Cdo nak pijam artikel ini untuk disiarkan diblog Cdo. (Cdo buat dulu Kalau Taminsari tak setuju, nanti Cdo akan deletekan).

Tahniah dan Terima Kasih dari Cdo

Taminsari berkata...

Salam Sdr.CYBERCDO..

Silakan, tak ada masalah.

Salam perjuangan..