Isnin, Mac 16, 2009

KRONISME BAKAL PILIHAN PENGANTI!





















Apa yang berlaku kini dalam PAS bukan keadaan politik dalam negara tetapi pertelingkahan siapa dalam PAS yang wajar menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Itulah sebenarnya yang berlaku di Kelantan ketika ini menyebabkan Nik Aziz tidak berani melepaskan jawatan.

Beliau cuba melindungi masalah sebenar di Kelantan - perebutan jawatan di kalangan orang kepercayaannya. Apa yang dikatakan oleh Nik Aziz bahawa keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun adalah satu rahsia dalaman yang perlu ditutup supaya tidak dihidu oleh UMNO.

Begitu juga kata-katanya sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian. Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

Hakikatnya siapa berani mendesak supaya ada peralihan kuasa di Kelantan, termasuklah Datuk Husam Musa yang kesekian lama mengidamkan jawatan itu? Semuanya sudah menunggu sejak lebih dua tahun lalu apabila Nik Aziz mula tidak sihat dan beliau pun menyatakan hasratnya mahu bersara.

Cerita kononnya Husam akan menggantikan bertiup kencang dua atau tiga tahun lepas tetapi kini reda, lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz seakan-akan "mahu menongkat langit". Bagi Husam, sekiranya beliau mendapat jawatan itu, peluangnya untuk meningkat dalam PAS lebih cepat, dan bukanlah sesuatu yang mengjengkelkan sekiranya beliau menjawat Menteri Besar Kelantan dan bertanding Presiden PAS.

Kerana itulah beliau berusaha merapatkan diri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan harapan berpeluang menjadi Menteri untuk membolehkannya menonjolkan imejnya untuk "melayakkannya" menentang jawatan Timbalan dan kemudian Presiden PAS. Namun, jika mendapat jawatan Menteri Besar, beliau akan beroleh kedudukan yang lebih meyakinkankan dan bonus baginya.

Lihatlah kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu - ada pangkat dan pengaruh - kerana itu mudah dilantik sebagai Presiden PAS. Kini apabila PAS Terengganu kalah, ada pemimpin yang sudah menonjolkan diri untuk melanggar beliau. Mungkin Husam sendiri!

Ketika ini jelas Husam yang sudah kurang mendapat kepercayaan Menteri Besar dan ada beberapa calon lain yang turut menawan hati Nik Aziz, beliau terpinggir sedikit. Kuasanya mempengaruhi Nik Aziz banyak disekat dan dengan laporan rasuah dan penyelewengan terhadapnya "mengurangkan sedikit markah" untuk membolehkannya menjadi satu-satunya orang yang layak menggantikan Nik Aziz.

Cara Nik Aziz menjawab dengan mengatakan "Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur. 'Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi," menggambarkan juga pertelingkahan antara kumpulan yang menyokong Nik Aziz dan yang berhasrat (bukan cara terbuka mendesak) agar "orang tua" itu berundur cepat-cepat.

Nik Aziz kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka. Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.

Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.

Kata-kata Nik Aziz bahawa "Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur dan mengaitkan dengan pimpinan UMNO sekarang yang beliau ibaratkan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal," hanya penyedap rasa.

Kenyataan itu bagaikan "pencecah budu" ketika makan ikan singgang. Atau letak sambal belacan dan mentimun sahaja sedangkan nasi panas dengan ikan singgang dah cukup. Nik Aziz berkata "apabila UMNO sudah tidak kuat lagi baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya.

Persoalannya bila UMNO tidak kuat di Kelantan? Lihat sahaja kepada perbezaan undi, ia tidak banyak dan UMNO di Kelantan jelas turun baik. Kalah teruk pada 1999, memang dengan hampir menumbangkan PAS pada 2004 dan kini ada lima kerusi DUN sahaja di Kelantan. Nik Aziz tahu jika kepimpinan baru UMNO di Kelantan melakukan sesuatu yang baik di mata rakyat sudah pasti pengaruh PAS akan merudum semula. Nik Aziz kini berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap barisan pemimpin PAS dan cukup takut jika Negeri Kelantan akan terlepas kepada UMNO/BN yang telah 18 tahun berada didalam gengaman beliau. Itulah yang paling dikuatirinya seperti apa yang beliau nyatakan "apabila UMNO sudah tidak kuat lagi, baru boleh.."

Juga Nik Aziz sendiri mengakui sukar mencari pengganti kerana wujudnya perebutan apabila beliau mengatakan tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan.

"Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," kata beliau yang menggambarkan betapa jelas wujud perebutan jawatan berkenaan.

Orang UMNO dan orang PAS di Kelantan tahu bahawa Nik Aziz ada "blue eye boy" yang lain - Nik Mohd Amar Nik Abdullah iaitu "anak Pok Nik Lah " kini Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah dan sebelum ini ialah Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, adalah saingan Husam paling ketat untuk jawatan Menteri Besar.

Mohd. Amar, 49, sering disebut sebagai calon yang layak menggantikan Nik Aziz kerana pengalamannya sebagai pensyarah yang berlatar belakang pengajian Islam dan dianggap ulama muda dan pernah memenangi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada 1995.

Pemilihannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Panchor pada 2004 dianggap menyediakannya sebagai pemimpin pelapis.
Nik Amar pada Februari lalu menepis tanggapan sedemikian apabila namanya sentiasa dikaitkan sebagai pelapis kepada kepimpinan Pas Kelantan dan menganggap desas-desus dalam politik suatu yang lumrah. Selain itu, jika Nik Amar dipilih, di mana mahu diletakkan Timbalan Menteri Besar sekarang iaitu Ahmad Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah?

KESINAMBUNGAN

Kredibiliti PAS yang hanya bergantung kepada seorang yang dianggap keramat, tok guru, tokwali oleh puak-puak PAS yang fanatik seolah-olah dunia akan kiamat jika Nik Aziz berundur dari tahta "dunia" sebagai MB Kelantan yang dinikmatinya selama 18 tahun yang akan memberi impak besar kepada arah tuju PAS dan pembetulan aqidah umat Islam dari berbagai sudut sebagaimana yang dinyatakan dibawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH 12 Mei 1999)

2. PAS sedia gugur slogan negara Islam "Jadi untuk mencari pendamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat: BH 25 Jun 1999.

3. "Menentang PAS adalah haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat: BM 24 April 1994.

4. "Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi." - Hadi Awang: 6 Julai 2001.

5. "Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini dan melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 15 April 1995.

6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH, 17 April 1995.

7. "Tidak sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta bend melainkan ulamak." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 6 November 1999.

8. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Nik Aziz Nik Mat: Kuliah di masjid Kg. Pulau Melaka.

9. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz: UM, 28 April 1999.

10. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz: 24 Januari 1999.

11. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz: BH, 29 April 1999.

12. "Saya diantara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ni kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz: kota Bharu, 1999.

13. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - Nik Aziz: UM, 26 November 1994.

Wallahuallam..sama-samalah kita fikirkan.?

Suara Politik
Taminsari

9 ulasan:

Z-MAY berkata...

nik aziz anggap umno (melayu) musuh. dgn dap camana?
kata kawanku,tak hairan...ulama politik...

Unknown berkata...

WAL HASIL BALIK ASAL..NIK AJIS SEMAKIN LAMA SEMAKIN NYANYUK. DIA SENDIRI TAK FHM APA YG DIA CKP. SEPATUTNYA DIA DAH BERSARA LAMA DULU TP OLEH KERANA TAKUT SILAP LANTIK PENGANTI, BELIAU TAKUT AKAN DILABEL SBG KRONISMA PADAHAL ORG2 BWHAN DH LAMA MENUNGGU NAK NGAP DIA MCM IKAN PIRANHA!..KITA TUNGGU DAN LIHAT SAJA

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

Tai berkata...

Dulu dia kata TDM nak menongkat langit pegang jawatan perdana menteri. Sekarang?

gotahlantun berkata...

MASUK ANGIN KELUAR ASAP TOK PAS NIH..

ABUK PUN TARAK.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

begitulah bila taksub. tak mahu kerajaan campuran sebab apa? pas pecah bukan kerana umno. tapi kerana serpihan buat parti berjasa dan mamim.bila berbalah dgn s 46? kerana apa pulak? tak kan semua orang salah dan jahat...sebab pas kena kaji diri jugak... dalam pakatan ni pun pas tak akan lama sebab yang tua tu nak tungkat langit....tak mau nak bersara

Taminsari berkata...

Salam..artikel yang pernah saya ditulis sebelum ini..

Sudah Lebih Setengah Abad PAS Memusuhi UMNO !

Dalam menuju alaf baru ini, banyak perkara yang patut diambil kira oleh masyarakat Malaysia. Di samping berusaha berusaha menjadi sebuah negara yang serba membangun dalam bidang ekonomi, teknologi maklumat, sains dan teknologi, soal-soal dasar survival negara patut menjadi suatu hal penting dalam agenda kita.

Dalam hal ini, orang Melayu perlu berbuat sesuatu untuk menguatkan perpaduan mereka, walaupun dalam masa yang sama perbezaan pendapat politik di antara mereka tetap ada. Perpecahan mutlak di antara mereka akan membawa kehancuran kepada kedudukan dan kuasa politik yang dimiliki. Perpecahan di antara golongan kanan dan kiri Melayu antara 1946-1948 dan perpecahan ulama UMNO daripada badan induknya untuk membentuk Parti Islam Se-Malaya pada 1951, patut menjadi teladan.

Soal mementingkan pendapat sendiri ataupun menegakkan kepentingan sekumpulan kecil pemimpin Melayu sehingga perpecahan politik Melayu menjadi begitu ketara, patut dielakkan.Tanpa parti yang mengutamakan kepentingan Melayu sebagai modus operandinya, seperti di Singapura, nasib orang Melayu pada masa depan akan terancam. Tanpa ada parti yang kuat untuk menjadi wakil orang Melayu dalam setiap pilihanraya kebangsaan,kuasa politik yang tinggal sedikit ini akan musnah. Atas kesedaran ini UMNO dapat terus bertapak selama 62 tahun dalam politik negara ini.

Pergelutan politik Melayu secara tegas bermula dengan perebutan kuasa sebagai wakil politik Melayu kepada British, apabila Malayan Union diperkenalkan pada Januari 1946. Golongan kiri dan kanan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan British supaya penjajah itu menerima mereka sebagai wakil orang Melayu. Malah, ada pihak telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya demi untuk mengalahkan lawannya walaupun kepentingan bangsa Melayu menjadi taruhannya.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945 di Ipoh , Perak atas anjuran Parti Komunis Malaya, cuba menyatukan orang Melayu dalam politik. Dalam dasar Malayan United Front, Parti Komunis Malaya cuba menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu untuk menyokong ideologi komunisme sebagai satu alternatif kepada sistem politik beraja yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan negeri-negeri Melayu.

British pula cuba memperkenalkan sistem kerajaan republik dan unitary state kepada Tanah Melayu melalui Malayan Union. Segala sistem politik Melayu yang diterima oleh British sebelum Perang Dunia Kedua dihapuskan dengan meletakkan seorang Gabenor yang bertanggungjawab terus kepada Raja England.Tekanan dua kuasa besar ini menyedarkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terhadap perlunya mereka bersatu tenaga dalam sebuah gerakan politik yang bersifat kebangsaan.

Soal parokialisme atau kenegerian yang menguasai politik orang Melayu selama ini cuba dilupakan. Seruan untuk bersatu itu mengatasi sempadan politik yang menguasai orang Melayu Semenanjung sejak awal kurun ke 20. Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1-4 Mac 1946 di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, menjadi benteng perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan pemerhati politik masa itu.

Perhimpunan bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju menubuhkan UMNO, yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu orang Melayu menentang Malayan Union. Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama. Inilah perpaduan yang pertama dan terakhir bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.

Namun , perpaduan ini tidak disenanagi oleh Parti Komunis Malaya. Berbagai-bagai helah dilakukan untuk memecahkan perikatan UMNO-PKMM ini. Melalui beberapa pemimpin kedua PKMM, Parti Komunis Malaya menjalankan jarumnya untuk menjadikan PKMM sebuah parti yang sentiasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan UMNO.

Hal pertama yang dibangkitkan ialah soal pendekatan politik UMNO. Pendekatan politik UMNO yang sederhana dan suka berunding itu dianggapnya kolot. Keduanya, UMNO dibidas kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh daripada British; matlamat UMNO yang hanya mahu status quo tradisional Melayu ( kedudukan peribumi dan pengembalian takhta Raja-Raja Melayu ) dihidupkan semula sebelum menuntut kemerdekaan, dianggap terlalu remeh.

PKMM lebih suka sebuah republik dan kerakyatan sama rata kepada semua penduduk Tanah Melayu. UMNO dituduh tidak progresif. PKMM juga membangkitkan soal ketidakadilan UMNO dalam memberi undi/suara kepada parti besar dalam pengundian UMNO, ini tercetus dalam dalam soal pemilihan bendera UMNO. PKMM juga mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa. Kesemua sungutan PKMM disebarkan dalam akhbar rasminya Pelita Malaya, yang berpusat di Kuala Lumpur. Musuh utamanya ialah Majlis yang menjadi jurucakap UMNO.

Parti Komunis Malaya secara terbuka menyokong PKMM dengan menuduh UMNO memanjangkan penjajahan British, tidak progresif dan feudalistic. Melalui desakannya, PKMM menarik diri dari UMNO pada Jun 1946, setelah hanya tiga bulan bekerjasama. Selepas penarikan itu, kerjasama di antara keduanya dipertingkatkan. UMNO dibidas bukan sahaja oleh Pelita Malaya, tetapi juga oleh Malaya Tribune yang memang bersimpati dengan gerakan radikal dan komunisme.

Pengaruh Parti Komunis Malaya terus mencengkam PKMM apabila kepimpinan Dr. Burhanuddin yang sederhana tidak disenanginya. Melalui dua kumpulan berbeza, iaitu kumpulan komunis PKMM dan golongan radikal Melayu PKMM, Parti Komunis Malaya berjaya meletakkan Ishak Mohamad sebagai Presiden PKMM manakala Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat. Dengan kepimpinan lebih radikal, PKMM lebih cergas menentang UMNO.

Keupayaan UMNO bersama Raja-Raja Melayu meminta British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu merancakkan permusuhan PKMM dengan UMNO. Dengan sokongan AMCJA ( All Council of Joint Action ) yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya, PKMM mengubah nama kepada PUTERA. Dengan nama dan kerjasama itu, golongan anti UMNO menegakkan prinsip demokrasi dan kerajaan republik serta membidas Perjanjian Persekutuan tidak demokratik dan progresif.

Kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dianggap satu diskriminasi kepada bangsa lain. Kedudukan istimewa Melayu dipersoalkan. Pemulangan takhta dan negeri kepada Raja-Raja Melayu juga dibantah. Perjanjian Persekutuan 1948 dianggap pro-Melayu. Ia juga dianggap tidak progresif kerana kerana suara rakyat dan pilihanraya tidak diperkenalkan.

Konsep Malayan Malaya menjadi pegangan PUTERA dan sekutunya. Mereka mengemukakan perlembagaan 10 perkara untuk menentang UMNO, Raja-Raja Melayu dan British yang dinamakan Perlembagaan Rakyat. Ternyata prinsip utama sistem politik Melayu sebagai dasar politik Tanah Melayu ditolak oleh PUTERA-AMCJA-Parti Komunis Malaya, dan mendesak sistem politik sama rata diwujudkan. Kegagalan mendapatkan kedudukan politik sama rata itu telah menyebabkan pemulauan perniagaan diadakan diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Bagaimanapun, ini gagal mengubah pendirian British, Raja-Raja Melayu dan UMNO.

Perjanjian Persekutuan 1948 yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 21 Januari 1948 itu mengesahkan kejayaan UMNO dan mengetepikan PKMM/PUTERA sebagai wakil politik orang Melayu dalam kerajaan British. Parti Komunis Malaya yang gagal mendapatkan kuasa melalui cara perlembagaan, mengadakan pemberontakan bersenjata. British dan orang Melayu menentangnya sehingga 1960. Kekuatan perpaduan orang Melayu sederhana secara langsung mengalahkan golongan radikal kiri.

Parti Komunis Malaya juga menggunakan ulama yang bekerjasama dengan PKMM untuk menentang kekuatan perpaduan orang Melayu dalam UMNO. Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO. Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.

Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO. Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya. Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.

Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu. UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO. Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO.

Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu.

Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar. Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP. Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas).

IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya.

Keterbukaan yang tidak bertempat, perebutan kuasa dan kelalaian kepada perjuangan utama, tanpa mengambil kira kehidupan generasi Melayu akan datang dan perpecahan yang berlarutan akan menjadi senjata makan tuan kepada orang Melayu. Semangat bulan Mac 1946 patut menjadi indeks politik masyarakat Melayu Malaysia. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Salam perjuangan

PAPA GOMO berkata...

SALAM BRO...
INI NIK AZIZ SUDAH BANYAK SALAH PADA AGAMA NEGARA DAN BANGSA.

SETAHU AKU LAH KALAU PEMIMPIN TU SAKIT DAN SELALU SANGAT SAKITNYA TU TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN.
SEHARUSNYA BERUNDUR SAHAJA.

KALAU DAH SAKIT MEMANJANG JE MACAM MANA NAK JAGA HAL EHWAL RAKYAT!!!

EDROGAN SEDANG RAKUS MERATAH NIK AZIZ NI...
HAJI HADI SEDANG TERKAPAI-KAPAI

Tai berkata...

Ya mereka ni tamak kuasa.

Tai berkata...

Wah, sesuatu yang hebat.