Sabtu, Mac 13, 2010

Father Khalid Cabar Zulkifli!



















Ahli Parlimen Shah Alam daripada Pas, Khalid Samad meminta Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabarnya berdebat secara terbuka bila-bila masa di mana sahaja berkenaan isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian antara mereka.

“Bagi saya orang yang cabar berdebat ini rasa diri dia besar. Sepatutnya beliau tidak membuat laporan polis. Dia sepatutnya ajak saya berdebat. Mari kita tengok hujah siapa lebih tepat dan diiringi dengan fakta.

“Satu lagi yang saya pelik, kenapa beliau membuat laporan polis terhadap saya seorang sahaja sedangkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berpendirian sama seperti saya,” katanya pada sidang media di pejabatnya dekat sini semalam.

Apabila ditanya bagaimana jika Zulkifli tidak menyahut cadangannya supaya mencabarnya berdebat, Khalid berkata masyarakat akan melihat Zulkifli sebagai badut dan budak hingusan yang sebenar kerana hanya lantang bersuara apabila berseorangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah memberi peluang beliau bercakap ketika bermesyuarat di rumah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, tetapi Zulkifli langsung tidak bersuara. Saya pun ada ketika itu,” katanya.

Isu ini timbul apabila Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid berkenaan isu kalimah Allah sehingga menyebabkan Zulkifli dipecat daripada PKR kerana didakwa tidak menghormati rakan sesama PR.

Dalam pada itu, Khalid turut membidas kenyataan Zulkifli yang menyifatkan sebahagian pemimpin Pas sebagai badut hingusan. Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang yang kononnya memperjuangkan Islam kerana masyarakat yang waras boleh menilai tindakan beliau hanya kerana Pas tidak menerima kemasukannya kedalam parti.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

DR 1221 berkata...

salam
inilah akibatnya bila terdesak dengan undi kaum lain