Penduduk-penduduk di Jalan Papan di sini, kesal dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu kerana tidak menunaikan janji berhubung isu rumah setinggan di kawasan tersebut.
Kekesalan itu dizahirkan oleh 30 wakil penduduk dengan mengadakan perhimpunan aman di sini hari ini. Mereka meminta Ronnie menunaikan janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu penduduk di situ bakal diberikan seunit rumah secara percuma.
Seorang wakil penduduk, Ang Boon Tai, 52, berkata, apa yang berlaku sekarang hanyalah janji kosong walaupun sebelum ini ADUN tersebut menyatakan status tanah di situ sudah hampir selesai tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.
Katanya, lebih memeranjatkan penduduk, apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa 11 tokong akan dibina di kawasan seluas kira-kira 31 hektar itu secara percuma. ''Kenapa perlu bina tokong kalau rumah tidak ada di sini? Kenapa tidak bina rumah dahulu sepatutnya beliau (Ronnie) memikirkan penduduk di sini.
''Dulu sebelum pilihan raya macam-macam janji, waktu malam pun datang melawat tetapi bila sudah menang tidak lagi menjenguk kami," katanya kepada pemberita. Katanya, sebagai penduduk yang sudah hampir 50 tahun tinggal di situ, dia amat kesal dengan tindakan ADUN tersebut kerana langsung tidak memikirkan kebajikan mereka.
Seorang lagi penduduk, Dominic See, 40, memberitahu, seharusnya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor mengambil berat soal perasaan penduduk kerana ada di kalangan mereka yang sudah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun.
Malahan jelasnya, kawasan tersebut asalnya kawasan berpaya yang dimajukan oleh penduduk dengan mengeluarkan wang sendiri bagi menambak tanah sebelum didirikan rumah.
Tambah Dominic, mereka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) September tahun lalu kerana mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam urusan menentukan status tanah di kawasan berkenaan.
Seorang suri rumah, P. Laksmy, 45, pula kesal dengan sikap Ronnie yang belum menunaikan janji memberikan sebuah rumah di kawasan berkenaan. Katanya, dia amat terkilan apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 70 peratus penduduk di situ bersetuju untuk membeli rumah dengan harga RM90,000 seunit sedangkan sebelum ini Ronnie berjanji untuk memberikan rumah secara percuma.
''Apa yang menyedihkan saya apabila melihat kawasan perumahan ini sudah tidak terurus dan sudah banyak rumah yang rosak. ''Bukan kami tidak mahu melakukan kerja-kerja membaikpulih tetapi takut kalau rumah dirobohkan bila-bila masa saja, penduduk akan menanggung kerugian," tambahnya.
Teoh Ah Guat, 48, yang membesar di kawasan itu berkata, dia rasa tertipu dengan janji-janji ditaburkan oleh ADUN tersebut dan menyifatkan Ronnie hanya mementingkan diri. Ia kerana kata Ah Guat, selama dua tahun menjadi wakil rakyat tiada sebarang perubahan dilakukan oleh Ronnie di kawasan mereka. Sementara itu, Ronnie gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan.
Komen : Apakah sekarang Ronnie Liu sedang sibuk untuk " membuat duit " sebelum Pakatan Haram terlingkup di Selangor dengan menguruskan rumah-rumah urut yang sedang tumbuh macam cendawan daripada memberi tumpuan dan menunaikan janji-janjinya kepada penduduk-penduduk kawasan yang di wakilinya? Ronnie Liu sibuk mencari kesalahan kerajaan BN yang terdahulu dan berhasad dengki serta berdendam, padahal kesalahan dan kelemahan diri sendiri buat-buat tak nampak? Semut diseberang dapat dilihat, gajah didepan mata buat-buat tak tak tahu? Fikir-fikirkanlah...!
Suara Politik
Taminsari
5 ulasan:
Berita gempar 1Malaysia...Ada pemimpin UMNO mirip TGHA......nak tahu siapa sila klik disini
Kesian Tukar Tiub...tak ada orang nak pi blog najis beliau sampai dia terpaksa menyamar jadi Hashim untuk iklankan blog hampas najisnya tersebut. Kesiannnnnnnnnn...hina dari muda sampai dah tua
abih cerita kat blog pun abih kena tibai dgn komen ikhlas rakyat...camana lagi nak survive? hahahaha
tukar tiub dah terdesak sangat nak suruh kita pegi komen kat blog dia.
kesian.
bersungguh2 dia promote di sini..
saya pun dapat juga.
maknanya mereka sekarang sudah merasa sangat tertekan dengan kemerosotan sokongan rakyat kepada mereka.
jom kita gelakkan mereka : kah kah kah kah
Berita Gempar...
Sepandai-pandai kalentong...akhirnya anak Toyo ditangkap....baca seterusnya disini
Catat Ulasan