Isnin, Mac 01, 2010

Apakah MB Khalid Ibrahim Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri!

Jika kita masih ingat ketika ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham keluar dari PKR, MB Khalid Ibrahim meminta YB Badrul supaya meletakkan jawatan. Beliau berkata, " kita tidak boleh mengarahkan seseorang untuk letak jawatan, tetapi jika itu yang terbaik untuk rakyat, mengapa tidak”.

Bagi penulis, sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, Khalid boleh berbuat demikian setelah mengadakan pungutan suara dari anggota badan perhubungan yang terdiri dari Pengerusi-pengerusi Cabang. Namun Khalid sendiri tidak punya hubungan baik dengan majoriti pengerusi cabang seluruh Selangor, kecuali Dr Xavier Kota Raja yang sentiasa mengangguk dan mengampu Khalid.

Ringkasnya, Khalid tidak perduli akan parti yang mengangkat namanya ke jawatan sekarang, MB Selangor. Natijahnya, terdapat tindak tanduk Ahli Yang Berhormat dari PKR yang hentam keromo dan mungkin juga kepanasan bontot oleh siasatan SPRM.
Lantaran kebanyakan Pengerusi Cabang adalah pemangkin reformasi, maka Khalid tidak mampu mengawal mereka.

Bagi Khalid, kesetiaan itu boleh dibeli. Lantas dia mengawal semua perlantikan ke jawatan-jawatan mengikut kehendak hatinya dengan meletakkan kronisma dan nepotisma sebagai kayu ukur. Pengiat parti diketepikan malah PKR Selangor hampir mati di tangan Khalid.

Lihat sahaja bagaimana brutalnya Khalid memecat bekas Pegawai Khasnya Hj Yahya Saari melalui pesanan ringkas SMS, memecat beberapa orang setiausaha PKR di Kuala Selangor termasuk Jeffri Maskon. Pada masa sama dia juga sesuka hati melantik orang luar yang tidak langsung ada kena mengena dengan Ijok atau Kuala Selangor untuk menjaga DUN Ijok.

Dua muka tebal tidak tahu malu ini tentulah Osman Karim dari Bandar Tun Razak dan Haji Rahman Talib dari Kajang. Mungkin bagi Khalid orang Ijok semuanya bengap dan hanya sekolah atap sehingga tidak layak menjawat jawatan penting di Ijok. Dengan membuat semua perlantikan tanpa merujuk parti adalah perlanggaran perlembagaan parti.

Diburukkan lagi dengan pembubaran PKR Ranting Ijok dan juga Cabang Kuala Selangor baru-baru ini dimana hampir kesemua AJKnya meletak jawatan dan sebahagian nya memohon untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendali permasalahan dalaman parti dengan menganaktirikan kawasan yang diwakilinya.

Khalid Ibrahim didakwa bertindak membelakangkan Perlembagaan parti dengan melakukan pelantikan 17 ahli jawatan kuasa PKR Cabang Kuala Selangor, baru-baru ini. Ketika membuat dakwaan itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar berkata, sepatutnya mengikut peraturan kesemua kerusi itu perlu dipilih oleh ahli-ahli semasa mesyuarat agung bahagian. Abdul Khalid dikatakan bertindak demikian pada 23 Januari lalu, berikutan tindakan 13 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan serentak pada 20 Januari.

Dakwa Arshad, kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Abdul Khalid termasuk bagi jawatan Ketua Wanita adalah orang kepercayaan Menteri Besar tersebut dan bukan dipilih oleh ahli di peringkat akar umbi. ''Abdul Khalid berbuat demikian untuk menutup kesilapannya dan mengaburi mata ahli serta pemimpin PKR kononnya beliau boleh memimpin dan menyelesaikan masalah di bahagian itu.

AJK cabang juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan. Malah dakwanya, PKR Cabang Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti.

"Segala pengorbanan, tenaga dan penat lelah AJK di awal penubuhan parti sehingga berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) juga tidak dihargai. Ini bukan rintihan kami sebagai AJK sahaja malah juga sebagai penyokong PKR," kata beliau. Sehubungan itu kata Arshad, pembubaran itu diharap dapat mengubah kepimpinan cabang PKR tanpa Abdul Khalid.

Malang sekali jika kita lihat konsep parti menguasai kerajaan tidak masuk dalam minda Khalid tetapi Khalid lebih mirip akan konsep “orang parti menguasai kerajaan”. Maka bermulalah era “power corrupts, absolute power corrupts absolutely” di Selangor. Hari ini Khalid sudah mula perasan apabila dilambong dan dikipas oleh pencacainya bahawa dia layak bertanding Timbalan Presiden PKR.

Pencacai-pencacai Khalid mula dan cuba memperomosi bahawa Khalid layak dan punya penyokong yang taat setia. Baru-baru ini apabila terdapat tentangan terhadap Khalid di daerahnya sendiri, berderum-derum orang-orang yang kononnya penyokong Khalid membuat hebahan surat khabar bahawa Khalid mendapat sokongan padu dari seluruh ahli PKR walaupun sumber kawasan mencatatkan hanya 60 orang yang datang dalam perjumpaan sumpah setia itu.

Menurut laporan, yang datang dalam perjumpaan itu di impot dari beberapa kawasan oleh adiknya Aajiman. Yang datang kebanyakannya bukan ahli parti, menurut sumber itu. Tunggulah dalam masa mendatang segala perancangan Khalid akan terdedah dengan sendirinya. Bunga-bunga bahawa Khalid boleh melompat juga sudah bercambah melalui kenyataannya untuk berbaik dengan kerajaan persekutuan.

Tidak dilupakan juga satu berita yang tidak kurang menariknya bagi Khalid ialah berita ketegasan baginda Sultan Selangor menolak cadangan beliau untuk menggunakan wang zakat untuk pembangunan. Kenyataan jawab oleh Khalid bahawa wang zakat akan digunakan hanya untuk pembangunan umat Islam tidak diperlukan sama sekali kerana sudah sekian lama fungsi ini berjalan.

Begitu juga dengan wang baitulmal, Khalid tidak boleh sentuh kerana puncanya adalah dari orang Islam. Penolakan ini boleh dianggap sebagai pukulan TKO kepada Khalid sebagai MB Selangor. Kenyataan Baginda Sultan ini juga seolah-oleh mengiyakan spekulasi bahawa hubungan Khalid dengan istana sudah mula renggang.
Apakah Khalid mampu menahan arus deras yang akan merembasnya kali ini?

Jika Khalid menghadapi terjahan dahsyat, dia tidak layak untuk meminta ehsan belas parti kerana sudah acapkali dia bermulut capui dan diterjemahkan dalam perbuatannya bahawa parti tidak penting. Akhir sekali, ingin dilontarkan satu soalan cepu emas. Apakah benar Khalid sudah membawa masuk seorang wanita yang amat disayangi dan dipercayainya ketika di Guthrie ke tingkat 21?. Jika benar, bak kata perumpamaan melayu klasik, seperti Luncai (sebut Khalid) terjun dengan labu-labunya, biarkan-biarkan…!

Wallahuallam

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

andakmaon berkata...

Tuan,
Cara Khalid mentadbir negeri Selangor sememangnya sangat lemah dan terlalu banyak kepincangannya sperti mana yg tuan sebutkan itu. Tapi, masalahnya UMNO Selangor juga lemah ! Ke mana perginya mereka-mereka ini ketika Khalid membuat banyak kepincangan ? Tiada siapa yg hendak mengulas atau menghentamnya. Jadilah Khalid terus seronok dgn jawatan MB nya.

Taminsari berkata...

Salam Sdr.Andakmaon..

Memang banyak kepincangan yang telah dilakukan oleh pentadbiran MB Khalid Ibrahim. Sebagai blogger kami cuba untuk mengeluarkan isu-isu yang boleh menjadi " bola tanggung " kepada UMNO Selangor. Tidak pasti samada UMNO masih belum bangun dari lamunan atau pun sudah bangun tapi masih belum bergerak. Di lihat sejak akhir-akhir ini sudah ada sedikit gerakan dari UMNO Selangor seperti isu YBK dan diharap selepas ini UMNO Selangor akan terus menggempur Pakatan rakyat. InsyaAllah.