Isnin, Mac 08, 2010

Pemecatan Anwar daripada Kabinet sah - Mahkamah Persekutuan!

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan dalam Kabinet 11 tahun lalu sah disisi undang-undang setelah rayuannya ditolak. Di lihat percubaan Anwar untuk mendapatkan pampasan kerana pemencatan beliau dari kabinet gagal sama sekali. Pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat anggota Kabinetnya. Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang masing-masingnya memutuskan bahawa Dr. Mahathir mempunyai kuasa memecat anggota kabinetnya dan telah bertindak mengikut Perlembagaan dengan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim daripada semua jawatan dalam Kerajaan 11 tahun lalu, sah di sisi undang-undang setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan pelantikan dan pelucutan jawatan Menteri Kabinet merupakan kuasa Perdana Menteri.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menyatakan, Yang di-Pertuan Agong langsung tidak mempunyai budi bicara mempertikai atau menolak sebarang pelantikan mahupun pemecatan menteri.

Jelas beliau, ini kerana sistem Raja Berperlembagaan mengehadkan kuasa Seri Paduka berbuat demikian kerana rujukan kepada baginda seperti yang dizahirkan di bawah Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan hanya satu formaliti.

``Kuasa memilih dan melantik menteri Kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, jika beliau memutuskan seseorang menteri itu meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyatakan sebaliknya.

``Prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa hanya pihak yang melantik berhak melakukan pemecatan,’’ ujar Hakim Alauddin ketika membacakan penghakiman bertulisnya setebal 33 muka surat.

Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa Seri Paduka tiada pilihan selain bertindak atas nasihat Perdana Menteri kerana beliau yang bertanggungjawab memilih, melantik dan memecat menteri Kabinet.

Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (responden pertama) dan Kerajaan Malaysia (responden kedua) bertindak mengikut undang-undang ketika memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Hakim Alauddin menyatakan demikian ketika menggariskan alasan berhubung keputusan panel tersebut menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap pemecatannya pada pukul 5.30 petang, 2 September 1998.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pemecatannya sah di sisi undang-undang.

Dalam rayuannya, Ketua Pembangkang tersebut mendakwa, pemecatan itu bercanggah dengan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyatakan hanya Seri Paduka berhak memecat menteri Kabinet atas nasihat Perdana Menteri.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: