Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohamad Ezam Mohd Nor kelmarin mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan rasuah dan kronisme sewaktu memegang jawatan dalam Kabinet.
Ezam berkata, Skim Kontraktor Wibawa (SKW) yang diwujudkan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan adalah semata-mata memenuhinya nafsu dan sifat tamak halobanya.
Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, daripada 2,000 syarikat kontraktor Melayu berdaftar, 15 syarikat diberikan projek secara terus tanpa tender di mana setiap projek bernilai RM1 billion.
“Saya dedahkan ini sebab saya mahu semua orang tahu bahawa Anwar pemimpin yang pentingkan diri sendiri, dan saya yakin Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak akan berani bersumpah menafikan perkara ini kerana buktinya ada dalam pengetahuan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Ceramah Umum Membongkar Rahsia, di Kampung Jalan Kebun, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, laungan tender dan ketelusan yang dibuat Anwar kini, langsung tidak diamalkan ketika beliau masih berkuasa, masih menjadi Menteri Kewangan dan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Malah, ketika itu, tidak ada satu pun syarikat milik Cina atau India diberi tender.
“Ini semua jelas menunjukkan sikap hipokrit dan bermuka-muka Anwar yang hanya mahu menyelamatkan diri sendiri dalam keadaan tersepit,” katanya.
Ezam berkata, perbuatan dan tindakan Anwar membuat keputusan mendahulukan kepentingan diri sendiri berlarutan apabila beliau memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ezam turut menjelaskan bahawa tindakannya keluar meninggalkan PKR adalah disebabkan Ketua Umum PKR itu sudah tidak mampu mempertahankan asas negara iaitu Islam sebagai agama rasmi.
“Anwar bukan sahaja bercita-cita mendapatkan undi pengundi Cina dan India, malah turut dipengaruhi ’firaun-firaun kecil’ seperti dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
”Sejak sekian lama kita hidup aman dan harmoni tetapi sikap Anwar membiarkan malah menyokong pemimpin-pemimpin sekutunya yang terang-terangan memperkotak-katikkan Islam dan Melayu hanya akan menghancurkan negara,” katanya.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
2 ulasan:
itu cerita dolu-dolu...
skang anwar dah ok dah..tak main rasuah rasuah ni...dah nak sampai jadi taraf WALI dah pun...
WALI apa?? WALI WAT....wakakakakaka
Kalau Anwar ada rekod rasuah, tak perlulah Mahathir bersusah-payah rekacipta konspirasi liwat. Mahathir boleh terus dakwa dia di mahkamah atas kesalahan rasuah. Apa punya bahlol ahli2 UMNO ni.
Dah 12 tahun Anwar di luar UMNO, jadi segala rekod Anwar sebagai Menteri dulu ada dalam tangan UMNO. Kenapa masih tak dibawa ke mahkamah jika Anwar amalkan rasuah? Melainkan Anwar memang bersih dan amanah.
Catat Ulasan