Isnin, Mac 01, 2010

Mohd Fairus keluar PKR, sertai Umno !

















PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti borang keahlian UMNO yang diserahkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (kiri) pada majlis perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, di Kuala Lumpur.

Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.

“Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sebagai Presiden Umno, beliau menerima Fairus dengan senang hati kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam.

“Saya percaya Fairus mempunyai keyakinan yang besar kepada perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan negara. “Malah, penyertaan Fairus adalah sesuatu yang bersejarah kerana beliau pemimpin kanan PKR yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

rezqeen hill berkata...

adakah dia boleh diprcayai???

Taminsari berkata...

Salam..

Hak Melayu dan Islam sedang diliwat DAP jahanam... yang bersekongkol dengan anjing belaan PAS dan PKR...

Banyak lagi kurap dalam pakatan rakyat yang belum terbongkar.. Jadi bekas pemimpin seperti Fairus ini perlu digunakan semaksimum mungkin untuk mendedahkan kebobrokan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang kini semakin bernafsu untuk meratah hak Melayu Pulau Pinang. Kita tunggu dan lihat. InsyaAllah..

Salam perjuangan..

Unknown berkata...

hati 2 dia lompat ke umno danti dia lompat lagi sebab itu tabiat katak suka melompat.

azizisafar berkata...

Fairus ini ibarat melukut di tepi gantang sahaja. Ada pun tak tambah sukat, tiada pun tak mengurangkan sukat.

Kemausukan Fairus ke dalam UMNO tidak memberikan impak yang hebat kepada UMNO sebenarnya. Pengaruh Fairus dalam PKR terlalu insignifikan untuk memberi kesan buruk juga kepada PKR.

Persoalannya, apakah UMNO sudah meninggalkan polisi untuk tidak menerima individu-individu yang pernah bertanding dalam pilihanraya menentang calon BN? Mampukah Fairus berperanan membantu UMNO Permatang Pauh dalam menghakis pengaruh Anwar di Permatang Pauh?

Unknown berkata...

Fairus ni tak leh pakai. Apsal skrg masuk UMNO sehingga terpaksa buat pilihan kecil kat Penanti dulu....

Bakal PM Malaysia telah diketahui.....tentunya bukan Muhyiddin sila klik disini