Jumaat, September 05, 2014

Pas Selangor sokong siapa sahaja kecuali Wan Azizah?


Pas Selangor akan menyokong mana-mana calon Menteri Besar yang baharu selain Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jika itu yang diputuskan oleh Pas pusat.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan untuk menamakan calon terletak di tangan Pas Pusat dan sebarang keputusan oleh kepemimpinan parti akan mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di negeri ini.

"Insya-Allah. Kita tidak ada masalah. Kita memang jumpa tiap-tiap minggu.

"Bagi Pas Selangor, keputusan menghantar nama calon kita serahkan kepada Pas pusat," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan pihak istana telah menerima nama calon Menteri Besar baharu daripada PKR, DAP dan Pas.

Ditanya tentang nama calon Pas yang dihantar tersebut, Iskandar berkata, beliau sendiri tidak mengetahuinya.

"Itu saya tidak tahu sebab urusan menghantar nama dibuat oleh Pas pusat. Saya tak tahu sudah hantar atau tidak atau bila dihantar.

"Semuanya saya tak tahu, tunggulah, Pas pusat yang menentukannya," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

tarantula berkata...

HUHUHU PAS JAHAT, AYANG NAK JADI MB, NAK JADI MB GAK HUHUHU

TOLONGLA ABANG ALJUBS