Isnin, September 22, 2014

Mahfuz The Mr.Bean akui imej hamPas tercalar teruk?



Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar The Mr.Bean mengakui imej Pas tercalar berikutan krisis dalaman yang berlaku dalam parti tersebut.

Sehubungan itu, tegas beliau adalah satu pembohongan jika terdapat pihak yang mengatakan imej parti tersebut tidak tercalar dan mengakui pihaknya menghadapi kesukaran untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita berharap selepas tamatnya muktamar ini, Pas dapat menjalankan pelbagai program untuk mendekatkan parti itu dengan rakyat dan menggunakan segala kreativiti di semua peringkat bagi menggilap semula imej parti,'' katanya dalam sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60, di sini hari ini.

Sementara itu, Pas mempertahankan tindakan pemimpin parti itu memasuki gereja atas alasan memenuhi gerakan keperluan silang budaya.



Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa pula berkata, wujud suara yang menyatakan tindakan itu sebagai mahu menggadai agama dan mengikut kehendak penganut Kristian.

Beliau berkata, ahli perlu jelas tentang perkara berkenaan dengan mengetahui hala tuju parti selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah.

"Atas kesedaran ini kita sudah menggerakkan keperluan silang budaya dengan mengadakan dialog bersama pelbagai pihak. Dalam isu kalimah Allah ketika berada di kemuncak, kita mengambil sikap untuk berdialog dengan arahan dan persetujuan Jawatankuasa Pas Pusat serta menyatakan pendirian,'' katanya.

"Ini bukan soal kita nak terlibat dalam isu kalimah Allah dari segi akademik, tetapi nak mengatakan Pas bersedia dan terbuka untuk berbincang,'' katanya.

Mujahid berkata, Pas mengambil pendirian yang cukup besar dalam soal berkenaan dan memberi impak khususnya kepada pihak gereja.

"Kita sudah beberapa kali diminta berucap mengenai dasar Pas dalam gereja oleh pihak gereja,'' katanya.

Lantaklah labu...!!!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

AuntyZah berkata...

Sebelum sibuk nak keluar masuk gereja buat baik dulu, jernihkan dulu siratulrahim sesama Islam.

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Macamlah orang kafir suka sangat tengok orang Islam masuk gereja mereka.

Bilalah nak sedar diri...