Jumaat, April 12, 2013

PRU -13 Tolak PR : Dulu mengata orang, tapi sekarang dia yang lebih?


Dulu..." Kalau bukan Anwar, bagaimana? Tetapi jika terbukti dialah pelakunya, barulah kita nyatakan pendirian kita nanti..." Seiausaha Agong Pas, Mustafa Ali!

Jadi sekarang bila dah kena pada batang hidung sendiri bagaimana? Amat memalukan umat jika seorang pemimpin kanan sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, berkelakuan sedemikian! Mana nak letak muka. Kalau dulu dia mengata orang, tetapi sekarang nampaknya dialah yang lebih.



Inilah sebahagian daripada babak didalam video tersebut!



Agak-agak kalau nak bandingkan dengan gambar dibawah ini , ada persamaan tak? Mungkin pengikut Pas akan berkata, sama, tapi tak serupa kot..!!!


Ringkasan Kes:

Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah.

Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

PAS wajar laksanakan hukuman HUDUD keatas pemimpin mereka ini:

Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina. Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100x sebat.

Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-masingnya seratus dera,".

HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI BAGI KESALAHAN ZINA ( BAGI MEREKA YANG TELAH BERKAHWIN )

Adakah Haji Hadi akan menolak bukti 'besi' ini? Wallahuallam..!!!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

alahhh org tua poyo bukan nak perjuangkan hudud pun sebenarnya. ia digunakan untuk memancing undi orang melayu. aku berani kerat jari ni kalau dia betul2 nak buat. semua poyo.