Selasa, Jun 12, 2012

Negara Islam PAS Cuma Impian Politik!




Malaysia mengamalkan demokrasi. Sebagai sebuah negara demokrasi setiap orang berhak menentukan pemerintahan negara ini melalui pilihanraya. Sejak merdeka hingga kini, rakyat memilih Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO sebagai parti yang diberi kepercayaan memerintah negara ini.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa ada golongan tertentu dalam UMNO yang tidak berpuas hati lalu keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS. Sejak keluar UMNO dan menubuhkan PAS, parti itu sentiasa menimbulkan perbezaan malah pertentangan yang ketara.

Sejarah mencatatkan, walaupun PAS seringkali menimbulkan perbezaan dan pertentangan yang ketara, namun pada 1971 parti itu menyertai BN dan keluar pada 1977.

Sewaktu PAS dalam BN tidak timbul lagi persoalan perbezaan dan pertentangan. Ia tidak ditimbulkan atau sengaja diada-adakan. Selepas keluar BN saja, muncullah isu perbezaan dan pertentangan.

Antara persoalan besar dan asas yang selalu dibawa PAS ialah persoalan mengkafirkan UMNO. Persoalan ini dianggap begitu besar dan mendasar sehingga terbayang dalam semua tindakan parti itu.

Sebenarnya persoalan mengkafirkan UMNO bukan perkara baru. Persoalan itu timbul lama sebelum PAS lahir. Oleh kerana isu itu bukan isu baru, persoalan dibawa PAS itu tidaklah mengkagum dan menghairankan.

Pada PAS, UMNO itu parti yang tidak Islam, kalaupun bukan dikatakan sebagai parti kafir. Asas yang digunakannya, bagi menegakkan dakwaaannya itu sebenarnya sangatlah kabur dan samar-samar.

Kalau direnung secara tenang, terbuka serta waras antara UMNO dan PAS, pada hakikatnya bukanlah perbezaan mendasar seperti didakwa PAS.

PAS kata UMNO parti yang tidak Islam, menolak hukum hudud dan sebagainya. Ini yang dijualnya di kampung-kampung, tetapi orang kampung kini sudah pun tahu bahawa PAS pernah bekerjasama dengan UMNO. Pada pilihanraya 1986, PAS bekerjasama dengan beberapa parti lain yang berbeza idelogi dan agama.



Pilihanraya 1990 dan 1995 bekerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) serta parti pembangkang lain. Pilihanraya akan datang, PAS mencari rakan kongsi yang baru, DAP, Keadilan dan PRM.

Apabila ramai menimbulkan persoalan bagaimana PAS yang kononnya parti Islam itu boleh bekerjasama dengan DAP, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengatakan boleh bekerjasama dengan syaitan.

Kalau kita perhatikan dengan fikiran waras dan minda terbuka, jelaslah misi PAS kononnya untuk menegakkan negara Islam tidak lebih daripada impian politik semata-mata. Manakala UMNO adalah parti yang mementingkan pengisian bagi kecemerlangan dan keagunan Islam.

Maka bagi mencapai objektif menegak, mempertahan serta memperkembang Islam, UMNO melalui BN melaksanakan pelbagai program dengan strategi langkah demi langkah, berperingkat-peringkat dalam pelbagai aspek kehidupan.

PAS hendak menegakkan Islam dengan mendapat kuasa terlebih dahulu. Kemudian barulah secara revolusi melaksanakan dasar Islam impiannya. Ramai rakyat Kelantan mengatakan, sudah 20 tahun Pas memerintah Kelantan, apa yang dibuatnya bagi menegakkan Islam?

Balak-balak di Kelantan itu adakah orang Islam yang usahakan? Mana pasaraya Islamnya? Adakah dana kewangan Islam untuk peniaga kecil di Kelantan? Berapa banyak biasiswa diberikan kepada rakyat yang hendak mendalami ilmu Islam?

Rakyat sudah memahami keadaan dan kenyataan yang ada hari ini. Mereka tidak boleh lagi digula-gulakan sepanjang masa. Mereka faham mana satu impian dan mana satu kenyataan? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: