Selasa, September 20, 2011

Alahai Hudud Ala-PAS!




















Mungkin sudah ketandusan idea dan terdesak untuk mendapatkan atau mengekalkan undi maka Nik Aziz sudah tiada jalan lain terpaksa memainkan “lagu lama” beliau berjudul “Hudud” bagi mengabui mata rakyat atas kepincangan kepimpinan mereka sekarang.

Lebih-lebih lagi bagi menutup pekong yang semakin “menghangit” akibat bala mulut celupar Timbalan Presidennya, Mat Sabu yang mempertahankan perjuangan komunis PKM sebagai pejuang kemerdekaan!

Nik Aziz dalam kenyataan terbaru menyebut yang beliau berhasrat untuk terus melaksanakan hudud di Kelantan biarpun ditentang oleh rakan sekutu dalam Pakatan Haram Pembangkang. Ini bermakna PAS hendak berbincang semula tentang hukum hudud di Kelantan walaupun sebenarnya ianya sudah lama diluluskan?

Sebelum itu mungkin lebih baik jika kita buka semula cerita lama tentang “lagu Hudud” ini sebelum Nik Aziz "menyanyikan lagu lama" beliau bagi mandapatkan simpati dari rakyat Kelantan yang selama ini begitu taksub terhadap kepimpinan beliau.

Sepertimana yang kita tahu Nik Aziz menggelarkan dirinya sebagai Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui beliau sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sebagai Menteri Besar, beliau tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. ( Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990 )

"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." ( Utusan Malaysia, 11 Februari 1998 )

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum lagi menunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sudah lama rakyat Kelantan menunggu namun segala-galanya hanya tinggal janji sahaja. Diberitakan kerajaan PAS ketika itu terpaksa membayar sebanyak RM250,000 untuk membuat draf , akan tetapi ianya tak boleh dilaksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.

Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan. Ini adalah kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.

Sebenarnya, Nik Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama PAS sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri. Jika Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar!

PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula beliau tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "Hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain dari itu, "Hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS ! Umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.

Apa lagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum Hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat setelah mereka mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!

Dan lebih menghairankan lagi dalam muktamar PAS baru-baru ini sudah tidak ada cita-cita bagi PAS untuk penubuhan sebuah negara Islam yang diwar-warkan sebelum ini. Yang ada hanyalah negara BERKEBAJIKAN ala-PAS yang mana telah dipelupori oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun dahulu sehinggalah sekarang!

Adalah lebih baik jika PAS benar-benar mahu melaksanakan hukum Hudud, maka pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja. PAS ada berani ka? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

nik aziz..satu nama yang akan dikenang sepanjang zaman sebagai seorang pemimpin yang mensia siakan rakyatnya.

jejakazman berkata...

SILAP TU.....SATU NAMA YG AKAN DI KENANG KERANA MENSIA SIAKAN HIDUPNYA DENGAN MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM....MOGA2 ALLAH MENGAMPUNKANNYA DAN MENERIMA TAUBATNYA....

razak berkata...

Adakah dosa pok nik diampun olih ALLAH kerana MENGKAFIR orang islam yang bukan ahli PAS ( UMNO + atas Pagar )