Khamis, September 08, 2011

Pemimpin PAS sudah terdesak - Terus pertahan Mat Indera!















Seperti yang diduga beberapa pemimpin PAS terus mempertahankan Muhammad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan negara walaupun pada hakikatnya mereka tahu itu bukan cerita sebenarnya.

Akibat sudah terdesak PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, apa yang disebut Timbalan Presiden, Mohamad Sabu bahawa Muhammad Indera atau Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sememangnya benar, tepat dan tidak boleh dipertikai.

"Apa disebut Mat Sabu itu benar dan ia dapat dibuktikan menerusi buku Pengukir Nama Johor yang diakui oleh ahli sejarah, diakui secara rasmi oleh kerajaan negeri Johor," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini semalam.

Selain Mohamad, turut hadir Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Mohamad dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu mencetuskan kontroversi apabila menganggap komunis adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya turut menyebut bahawa Mat Indera dan rakan seperjuangan dalam PKM yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, UMNO yang seharusnya dipersalahkan kerana telah melakukan satu jenayah apabila menyatakan Mat Indera sebagai komunis.

"Apa disebut oleh Mat Sabu dalam kenyataannya, sedikit pun tidak ada kenyataan yang membela komunis, tidak ada, sebab perjuangan kita (PAS) menolak ideologi komunis dan menolak perjuangan komunis.

"Apa yang penting kita nak betulkan balik perspektif sejarah itu, mereka yang betul-betul berjuang perlulah diakui dan diiktiraf," katanya.

Mungkin kerana terlalu 'gairah' untuk 'back-up'atau 'membela' Mat Sabu, sehinggakan beliau terlupa nak membaca kesemua isi kandungan buku tersebut yang tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Sehinggakan Editor buku terbabit, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid membidas kenyataan kontroversi itu menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Menurut Prof. Datuk Abu Bakar lagi," Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?".

Dan mungkin buku ini juga boleh membantu Mustafa Ali dan rakan-rakan PAS yang lain untuk mengenali Mat Indera dengan lebih dekat lagi! Jika Mustafa Ali dan para pemimpin PAS bekesempatan, cuba cari, beli dan baca. Buku berjudul Memoir Abdullah CD. (Bahagian Kedua)

Rasanya elok kita sama-sama membaca buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua) - Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10 ini. Mungkin sebelum itu kita bertanya siapakah Abdullah CD ini sebenarnya? Dan didalam buku ini menerangkan yang Abdullah CD adalah orang kanan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan seangkatan dengan Shamsiah Fakeh. Apa pula yang dikatakan oleh Abdullah CD?

Pada muka surat 112 - 120, Abdullah CD ada menulis siapa Mat Indera. Menurut beliau, Mat Indera adalah Ketua Rejimen Komunis Melayu Johor. Jelas, bukan UMNO yang berkata akan hakikat yang sebenar! Tetapi KOMUNIS sendiri yang mengaku. Buku ini diterbitkan pada tahun 2007 oleh syarikat pro pembangkang SIRD.

Dan nasihat buat Mustafa Ali dan rakan-rakan PAS yang lain..! Kalau dah baca dan tak faham juga, cubalah bertanya kepada yang arif tentang sejarah negara dan jangan cuba buat andaian sendiri! Buruk padahnya. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: