Khamis, Disember 16, 2010

Kenapa MB Khalid takut berhadapan dengan Noh Omar!




Kerajaan PKR Selangor Guna Duit Rakyat, Suruh Rakyat Tipu Rakyat!

Kebelakangan ini kerajaan negeri Selangor melalui akhbar terbitan mereka sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan disamping cubaan untuk memburukkan imej saya di mata rakyat. Saya ingin menjelaskan disini bahawa Kerajaan Selangor sebenarnya tidak berani berhadapan dengan kenyataan sebaliknya mereka lebih suka membuat fitnah supaya rakyat membenci kerajaan Barisan Nasional.

Saya melihat artikel-artikel di dalam akhbar mereka iaitu Selangor Kini dibuat setelah saya mencabar Menteri Besar dan Kerajaan Selangor untuk berhadapan dengan saya untuk saya menjelaskan segala isi yg dibangkitkan.

Saya telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor bertarikh 12 November 2010 untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai isu padi dan diterima oleh pejabat beliau pada 15 November 2010. Malangnya sehingga kini saya masih belum menerima sebarang jawapan dari mereka.

Saya melihat Menteri Besar Selangor ini takut untuk berhadapan dengan saya sebaliknya memberikan gambaran kepada rakyat seolah-olah Kementerian saya tidak telus.Kenyataan Menteri Besar Selangor seolah-olah seperti burung kakak tua dan dia sebenarnya tidak pandai mengurus negeri sebagai contoh masalah kepada Yayasan Selangor, PKNS dan juga masalah pasir.

Apa yang MB Selangor reti hanyalah untuk menguruskan demonstrasi dan inilah keistimewaan PKR di Selangor.Kerajaan Selangor juga sebuah kerajaan yang pengecut untuk berhadapan dengan kementerian mahupun saya. Hari ini kita lihat surat khabar tersebut menggunakan duit rakyat untuk menipu rakyat dan di masa yang sama menggunakan rakyat untuk menipu rakyat Selangor.

Inilah cara kerajaan PKR di Selangor dan saya yakin rakyat telah nampak belangnya dan saya akan menjawap secara surat terbuka kepada Menteri Besar Selangor dan akan diedarkan kepada seluruh rakyat Selangor.

Saya melihat cubaan Kerajaan Selangor menanam sentimen membenci kerajaan BN dengan cara menabur fitnah penakut dan takut menghadapi kebenaran seperti baling batu sembunyi tangan.

Noh Omar.

Suara Politik

Taminsari




Tiada ulasan: