Jumaat, Mac 27, 2009

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!
























Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.





















Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Siapakah " Nakhoda Bahtera" Pas sekarang? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam? Mengapa penyokong-penyokong Pas menjadi biadap terhadap Sultan?




















Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.


Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Suara Politik
Taminsari

7 ulasan:

Z-MAY berkata...

pas cuma nak bernafas. nak runtuhkan umno. kalau tak sayangkan PR macam mana pas (yg sudah nyawa2 ikan itu) nak bernafas dan mencapai hasratnya?

Tam Dalyell berkata...

Jangan tak tau. Paling sedap ialah dijadikan kuda. Paling sedap juga ialah bila yang menunggangnya anasir anti-Melayu anti-Islam chauvanis cina dap.

Bagi pas, dap itu lebih islam lebih melayu dari umno. Bagi pas, umno itu tak cukup melayu tak sempurna islam.

Maka itulah mereka kafirkan diri mereka jika bersebumbung dengan umno. Jadi tak apalah bersekongkol dengan anti-melayu anti-islam asalkan perjuangan keislamannya ditinggalkan.

Yang sebenarnya pas bukan memperjuangkan islam - dia memperjudikan Melayu Islam.

Baru cakap nak terapkan hudud, dap panggil; minta penjelasan, pas terkencing-kencing datang dengan penuh tawadhuk takzim merapak sembah.

Itu sebab Sultan Perak tak diindahkan.

Pasal sudak berkiblat ka SinghKing kulup. Mengingkari Sultan Islam bangsa sendiri tak derhaka. Mengingkari ketuanan sontot rakyat dosa besar.

Jumayatara berkata...

Terima kasih.


Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Lin berkata...

salam

selagi pemimpin pas yg bergelar ulama nak jadi pemimpin dan mencari kuasa dunia selagi tulah PR akan dipeluk cium

bungaraya berkata...

Kepada sesiapa melayu jua pun. Sudah terang lagi bersuluh adalah satu ungkapan peribahasa kita yang sangat sesuai bagi suasana yang berlaku. Apakah kita perlu menjelaskan lagi kepada pemimpin kita tentang keperluannya bersatu antara dua parti utama ini? Apakah kita memerlukan masa lagi untuk melihat suasana yang berlaku sejak mutakhir ini. Bagaimana mainan Karpal Singh dengan tuduhan-tuduhan dan keji hina beliau terhadap Sultan? Apakah kita buta melihat semua perlakuan Anwar Ibrahim yang tidak lagi melihat keselamatan perjaungan bangsa sebagai batu ukuran dalam permainan politiknya? Apakah kita lalai akan objektif memperjuangkan agama yang kita laungkan sejak mencapai kemerdekaan? Apakah kita sanggup korbankan semua ini hanya kerana laungan keadilan, kebebasan dan kesamarataan keapda semua rakyat tanpa mengira kaum. Hanya untuk berjuang kepada rakan-rakan Lim Guan Eng dan Karpal Singh, kita melayu pula maju kedepan membantu mereka dan menjahanamkan bangsa kita sendiri. Apakah nama perjuangan yang dibawa PAS dan Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim dan Nizar itu. Janganlah Nik Aziz dan Pak Hadi serta Musam terbawa-bawa dengan janji manis mereka. Kamu tidak layak beraksi sedemikian kerana kamu adalah pemimpin bangsa yang seharusnya lebih prihatian dan sensitif kepada objektif perjuangan bangsa kita. Jangan nanti terhantuk baru terngadah. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian langsung tidak lagi membawa apa-apa makna.

Taminsari berkata...

Salam kepada semua bloggers. Terima kasih diatas ulasan bernas yang diberikan.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.

Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.

Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.

Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”

Pas sudah memerintah Kelantan lebih 17 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula?

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslihat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menmpung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”

DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)

KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)

Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?

Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.

Salam Perjuangan

Tai berkata...

ha, itulah Pas zaman sekarang. Pas sudah gelap. Biar buta mata, jangan buta hati.