Rabu, Februari 05, 2014

Siapa dalang Kristiankan Melayu?


Waktu Portugis memulakan dasar penjajahan, ia turut membawa bersamanya dari Lisbon agama Kristian. Tetapi sejarah memperlihatkan dasar mengkristiankan atau disebut christianization Tanah Melayu ketika itu gagal walaupun Islam belum begitu berkembang dan penduduknya tidaklah berpengetahuan.

Belanda yang menggantikan Portugis meneruskan dasar serampang tiga mata - penjajahan, perdagangan dan pengkristianan orang Melayu. Namun, orang Melayu zaman itu berasakan ada yang tidak kena dengan konsep ketidakesaan tuhan.

Di tangan British, mereka melihat penjajahan hanya berjaya jika dasar mengkristiankan masyarakat Melayu tidak diteruskan. Mereka bersetuju meletakkan agama Islam di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu. Dengan itu sejak 1867 hingga 1957, hampir 100 tahun, Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya dan Malaysia, lahir sebagai negeri Melayu. Islam muncul sebagai paksi sehingga kaum imigran yang datang kemudian patuh dengan sistem dan hukum-hakam sedia ada.

Selama lebih 400 tahun, paderi dan pihak gereja Kristian tidak berani terlibat usaha mengkristian orang Melayu. Justeru kalimah ALLAH muncul eksklusif milik umat Islam selagi mana melibatkan negara ini sebagaimana kehendak dan semangat undang-undang.


Jika ada Melayu berfikiran, berpakaian, mengamalkan gaya hidup Barat, tapi masih mengamalkan agama tinggalan datuk nenek iaitu agama Islam. Rupa-rupanya di tengah-tengah caca marba pendekatan Islam oleh orang Melayu sudah timbul usaha memecah-belah dan mengkristiankan Melayu melalui pelbagai kaedah dan strategi. Dulu, usaha dibuat menerusi pintu belakang tapi kini dilakukan secara terang-terang.

Sehingga PRU12, usaha jahat ini berjaya dibendung dengan mudah oleh Perlembagaan Persekutuan, akta dan enakmen negeri mengenai pentadbiran negara Islam. Tetapi nampaknya apabila pembangkang menguasai Pulau Pinang dan Selangor, percubaan menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Islam diberikan nafas baharu menerusi kuasa politik.

Ada yang berani mencabar agama Islam, hatta terhadap sultan sebagai Ketua Agama Negeri yang memiliki kuasa mutlak terhadap hal ehwal agama Islam. Paderi membawa kes penggunaan kalimah ALLAH ke mahkamah dan mencabar dengan mengarahkan penggunaan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.

Soal sama ada di luar negara perkataan ALLAH bukanlah hak eksklusif Muslim itu bukan masalah kita. Tetapi di Malaysia ada undang-undang dan peraturan yang warganya harus patuh. Ini bukan soal hak demokrasi sehingga dijadikan instrumen dalam mengalutkan perpaduan rakyat dan negara ini.


Bible berbahasa Melayu dicetak sewenang-wenang dengan tertera kalimah ALLAH tanpa rasa hormat pada penganutnya. Tindakan Jais dalam usaha mempertahankan akidah umat Islam dibantah sehingga jadi satu isu antarabangsa. Didapati DAP, khusus Lim Guan Eng begitu beria-ria memperjuangkan kalimah ALLAH sejak 2008. Kalau sayangkan kalimah ini elok saja jadi Muslim. Di tengah-tengah kecelaruan ini, Pas dan PKR dilihat menjarakkan diri daripada isu ini.

Kalaulah tak ada Dewan Ulama ataupun tokoh seperti allahyarham Ustaz Harun Taib, Pas tak lebih macam parti Golkar di Indonesia.Dengan membiarkan DAP menjuarai isu kalimah ALLAH bererti mereka mahu melihat Umno menjadi musuh utama bukan Islam semata-mata untuk masa depan politik mereka.

Sebagaimana disebut oleh seorang tokoh ulama Pas, parti itu bersama DAP dan Pakatan hanya dalam soal politik. Walaupun ia tidak dipersetujui pemimpin tertentu Pas yang takut hilang sokongan bukan Melayu, namun, seperti beberapa insiden sebelum ini, apabila ‘cacing’ sudah naik ke mata, penyokong dan ahli bawahan Pas tidak akan teragak-agak mengambil tindakan bersama penyokong Umno dan Melayu yang berjihad mempertahankan kesucian Islam.

Tidak mustahil isu kalimah ALLAH bakal menjadi faktor penyebab kepada perpisahan Pas, mahupun PKR dalam Pakatan. Saya tidak fikir pemimpin beragama Islam dalam mana-mana parti tergamak untuk membiarkan ada pihak mempersenda, menjual dan menurunkan taraf nama ALLAH dengan sewenang-wenangnya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Cik Salju berkata...

Assalamualaikum,

Kita sering menyalahkan mereka tentang itu dan ini, tetapi kita sendiri sering menelan apa sahaja najis yang mereka bawa.

Buka link ini baca dan fikirkan: Melayu Adik Beradik Yahudi

Seringkali kita berkata tentang kemenangan yang di janjikan untuk kita, tapi majoriti umat islam kita hari ini sudah terlalu jauh meninggalkan jati diri melayu dan sudah amat terpesong dari kehidupan islam yang asal.

Lihat di sini bagaimana cara dan kaedahnya hamba Allah ini keluar dari penghambaan dunia moden: Cinta Lanang Gabrul The Final Conclusion.