Khamis, Februari 27, 2014

Sudah terantuk baru tengadah : Akhirnya MB Khalid terima hakikat tidak boleh harapkan air hujan dan lombong untuk selesaikan krisis air Selangor?


Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor menerima hakikat bahawa wujud keperluan mendesak untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2), yang dapat menampung keperluan air untuk industri serta domestik di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terima kasih kerana memeterai MoU dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di Selangor yang rundingannya berlarutan sejak 2008 lagi.

Melalui MoU tersebut, kebenaran diperoleh daripada kerajaan negeri itu bagi merancang pembinaan LRAL2 yang dikenal pasti antara komponen penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di Lembah Klang.

Satu pengajaran daripada isu terbabit ialah penyediaan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih perlu mengutamakan kepentingan pengguna dan rakyat serta keperluan pembangunan, tanpa sekelumit pun menyimpang daripada pertimbangan itu.

Kita yakin, jika pertimbangan yang dimuktamadkan hari ini dipersetujui lebih awal iaitu pada 2008, mungkin sekali permasalahan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Selangor sekarang tidak berbangkit.


Untuk pengetahuan, kajian mengenai krisis air telah dibuat sejak 1980-an lagi dan mendapati Selangor, setelah mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk dan pembangunan, kekurangan sumber air dan alternatifnya adalah menyalurkan bekalan air dari Pahang. Justeru kapasiti LRAL2 dirancang bagi merawat hampir dua bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri sehingga tahun 2020.

Apa pun, kita berharap projek LRAL2 berjalan lancar selaras dengan pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi di Lembah Klang.

Walaupun kita berterima kasih dengan TS Khalid Ibrahim di atas keberaniannya tidak mengikut kata nasihat Penasihat Ekonomi RM1 Kerajaan Selangor, Anwar Ibrahim namun kita tidak boleh melupakan kata-kata sombong dan bongkak Menteri Besar Selangor pada tahun-tahun 2010 hingga 2012, sehinggakan beliau sanggup menyarankan Rakyat Selangor meminum air lombong!

Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim, yang pada ketika ini masih berada di Jepun, pastinya terduduk dan terkedu kerana Menteri Besar Selangor tidak meminta nasihat beliau sebelum perjanjian ini dibuat dengan Kerajaaan Pusat!

Sesungguhnya ia adalah satu 'tamparan' yang hebat buat Anwar apabila diketepikan oleh Khalid dalam membuat keputusan tersebut dan menunjukkan dengan jelas kepada rakyat bahawa sememangnya terdapat krisis dalaman yang parah di dalam PKR!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

sungkanah ahmad ainon berkata...

politik diutamakan dan jiwa penuh hasad dengki memandang kerajaan persekutuan gagal ditumbangkan. sebab utama proses bekalan air selangor senghaja digagalkan...memperjudikan nasib rakyaat sebagai pengundi besar kerajaan selangor hari ini dan menggunakan seribu satu macam alasan yg tidak masuk akal sebagai senjata pembangkang terbukti menempah padah, negeri yg kaya akan jadi bengkrap juga jika 2 bulan lagi kemarau panjang berterusan...rakyaat bolih marah dan industeri gagal beroperasi dan gulung tikar disebabkan krisis air...kepimpinan pembangkang cuma besar kepala dan bodoh yg ego bila berkuasa, tak bolih memikirkan keperluan rakyaat keseluruhanya.....