Ahad, November 18, 2012

Muktamar Pas: Saranan kempen Abdul Hadi jadi PM, Anwar nak letak dimana?



Nampaknya Anwar Al-Juburi bakal hangin satu badan apabila seorang perwakilan Pas berkata parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan Dewan Ulamak Pas, Hairun Nizam berkata, Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas tampuk pimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13.

"Anggota Pas seharusnya meletakkan keyakinan kepada presiden kerana beliau calon berkaliber menjunjung kepimpinan negara dengan dasar yang dirahmati. Bukan sengaja untuk menaikkan beliau, tetapi inilah calon terbaik memimpin negara mengikut lunas dan landasan Islam.


"Bukan sebaliknya berkempen untuk pemimpin lain yang tidak diyakini akan melaksanakan kepimpinan Islam di Malaysia," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini hari ini.

Hairun turut mengingatkan pimpinan tertinggi Pas tidak memilih calon yang meminta jawatan atau melobi menjadi calon pada pilihan raya umum kerana perbuatan meminta jawatan tidak terdapat dalam Islam.

Sebaliknya calon dipilih melalui keikhlasan ahli yang meletakkan mereka sebagai calon, katanya.

Persoalannya adalah adakah Haji Hadi layak untuk menjadi Perdana Menteri, sedangkan ketika memimpin PAS sekarang ini pun terdapat dua orang nakhoda? Cuba bayangkan dalam satu kapal ada dua nakhoda, bagaimana perjalanan 'kapal' tersebut? Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: