Rabu, November 21, 2012

Isu Selangor : Lapan tahun dilanda banjir, tiada siapa ambil peduli?


Salah seorang penduduk menunjukkan ruang dapur rumahnya yang dinaiki air di Taman Mutiara, Klang, Selangor, semalam.

Seramai 40 pemilik rumah di Taman Mutiara, Klang di sini merayu pihak bertanggungjawab segera menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi mereka sejak lapan tahun lalu.

Dakwa penduduk sepanjang bulan ini sahaja, sudah dua kali kejadian banjir berlaku, namun tidak ada pihak yang tampil membantu menangani masalah itu.

Seorang penduduk, Manoharan Muniandy, 55, berkata, sebelum ini mereka pernah mengemukakan aduan berkaitan kepada pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tidak ada sebarang penyelesaian diambil baik untuk tempoh jangka pendek mahupun jangka panjang.

''Majlis Perbandaran Klang (MPK) pernah turun padang membuat pemantauan di lokasi kejadian tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakansusulan diambil.

''Kami percaya kejadian banjir itu sebenarnya berpunca akibat longkang yang dibina di kawasan ini sangat kecil dan tidak dapat menampung air hujan.

"Kesannya, air tidak dapat mengalir dan menyebabkan berlaku limpahan sehingga menenggelamkan kawasan rumah penduduk," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, kejadian terbaharu hari ini menyaksikan kediaman penduduk dinaiki air sedalam satu meter setelah hujan selama kira-kira 45 minit.

''Bayangkan kami membeli rumah berharga kira-kira RM400,000 tetapi terpaksa menanggung derita dan kerugian harta benda,"katanya.

Tambahnya, kegagalan pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu menyebabkan ada antara penduduk mengambil keputusan berpindah ke tempat lain.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: