Selasa, November 20, 2012

Gagal pujuk DAP terima 'hudud PAS', Nik Aziz dakwa UMNO murtad?



Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini dua hari lepas.


Ketika wartawan mengajukan soalan adakah beliau menjatuhkan hukuman murtad kepada UMNO berdasarkan pandangannya itu, berikut jawapan Nik Abdul Aziz:

"Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad."

Sementara itu, ketika ditanya adakah disebabkan UMNO sudah tidak mengamalkan Islam maka Pas mendoakan supaya parti itu ditimpa bala, beliau berkata:

"Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia."

Mursyidul Am Pas itu mengulangi bahawa doa seumpama itu adalah tidak salah.

"Tak salahlah. Dalam al-Quran sendiri sebut cerita Nabi Noh berdoa. Ya Allah aku berdoa siang malam kata Nabi Noh, dengan secara sulit dengan secara terang aku berdoa tapi orang benci pada aku, tolak aku.

"Dia pergi turut orang lain yang harta banyak dan penyokong ramai. Akhirnya Nabi Noh berdoa, ya Allah musnahkan orang itu kalau kamu tidak musnahkan orang ini, dia beranak, anak lawan aku pula, dia cucu, cucu lawan aku pula, maka jangan tinggal seorang pun," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

NutCrakcer berkata...

Hai Pok Nik, mu lupa ke. Orang2 UMNO yang menentang sokongan Annuar kepada Yahudi, menentang Annuar kerana meliwat, menentang Annuar dan anaknya kerana menyokong LGBT, menentang Nurul kerana mengalakkan bebas beragama dan kamu memperlekehkan kan tentangan orang2 UMNO ini. Ada kah orang2 UMNO ini memperlekehkan agamanya. Sebenarnya kamu lah yang memperlekehkan agama mu. Nyanyok sungguh orang tua ni. Ingatkan makin ke tua makin ke berisi. Rupanya semakin ke tua semakin kepompong.