Rabu, November 14, 2012

Isu Selangor : Batu Caves Tapak Warisan Dunia!


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, Selangor, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji Barisan Nasional (BN) akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Batu Caves jika parti itu mengambil alih pentadbiran Selangor selepas pilihan raya umum nanti.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu dibuat bagi memastikan kedudukan kompleks Batu Caves yang begitu dipandang mulia oleh penganut Hindu tempatan dan luar negara tidak sesekali terancam dengan sebarang projek pembangunan.

Katanya, pembatalan projek itu merupakan salah satu daripada usaha BN bagi memastikan kompleks Batu Caves terus terpelihara di masa depan.

Kita tidak mahu pembangunan di kawasan ini akan mengancam kompleks Batu Caves, oleh itu pengakuan yang saya buat buat, seperti mana kita tahu, kerajaan BN merupakan kerajaan ‘janji ditepati’," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam majlis Sambutan Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel yang juga Presiden MIC, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran, para pemimpin tertinggi komponen BN, MIC serta kira-kira 10,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Isu pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves terus menjadi perhatian masyarakat Hindu tempatan apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada hujung bulan lalu hanya mengarahkan projek itu dihentikan buat sementara waktu.

Susulan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa bertindak bebas bagi menyelesaikan isu tersebut namun memberitahu tidak melibatkan mereka yang berkepentingan termasuk dari pengurusan kuil berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan akan memohon Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytihar Batu Caves sebagai Tapak Warisan Dunia bagi memelihara kawasan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, permohonan itu yang akan dibuat melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan hanya diserahkan selepas 2015 kerana Malaysia masih menjadi anggota suruhanjaya Tapak Warisan Dunia sehingga tahun tersebut, bagi mengelakkan pertembungan kepentingan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: