Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan Haram ini..! Namun inilah balasan yang mereka dapat! Terdahulu penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal.
Amat menyedihkan pihak penganjur dan peserta sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
Anggota polis wanita jatuh motosikal ditendang penunjuk perasaan
Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral.
Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.
Malah, penunjuk perasaan juga dilihat bersorak dan membaling objek ke arah kenderaan polis yang melintas di hadapan mereka!
Sumber Gambar & Video : PDRM & Politik Harian
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan