Rabu, April 18, 2012

Apa sudah jadi Khalid...!!! Kenapa Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?


Kemelut pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya sebelum ini dilihat berjangkit pula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) apabila pelantikan Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai Naib Canselor tidak iktiraf oleh kerajaan negeri. Lihat di sini.

Menurut sumber, surat pelantikan Dr. Anuar yang sebelum ini dilantik menjadi pemangku Naib Canselor dikatakan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kira-kira dua minggu lalu.

Namun sehingga kini difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisel tidak membuat pengesahan atas pelantikan tersebut.

Dr. Anuar ketika dihubungi mengakui bahawa beliau ada menerima surat pelantikan tersebut daripada kementerian namun enggan mengulas mengenai perkara itu.

''Saya tidak mahu ia menjadi isu, biarlah kerajaan negeri mengadakan perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, sumber Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut menyatakan, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang kenyataan mengenai pelantikan tersebut.

Bagaimanapun, pentadbiran Unisel dilihat sudah menganggap pelantikan tersebut sebagai sah apabila beberapa iklan kemasukan pelajar ke Unisel yang disiarkan dalam akhbar telah meletakkan nama Dr. Anuar sebagai Naib Canselor universiti tersebut. Difahamkan kerajaan negeri telah meminta agar iklan tersebut tidak lagi menyiarkan nama Naib Canselor baru tersebut.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor menyatakan, pelantikan Naib Canselor Unisel akan dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut. Sumber menyatakan, pentadbiran Abdul Khalid dikatakan mempunyai nama lain yang lebih sesuai dilantik sebagai Naib Canselor Unisel namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman dilakukan.

Dr. Anuar sudah memangku jawatan Naib Canselor sejak Ogos tahun lalu iaitu kira-kira lapan bulan sedangkan sepatutnya pelantikan bagi jawatan berkenaan perlu dibuat selepas tempoh tiga bulan berdasarkan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Pada 5 Ogos tahun lalu, Dr. Anuar dilantik sebagai pemangku Naib Canselor pusat pengajian tinggi itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan dalam 24 jam tiga hari sebelum ini dipercayai akibat tekanan politik daripada pihak tertentu.

Rosti mengambil keputusan drastik meletakkan jawatan kerana tidak sanggup melaksanakan arahan agar melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel dengan alasan ia tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib universiti itu.

Apa sebenarnya sudah berlaku diantara MB Khalid dan Dr. Anuar sehingga kini perlantikan jawatan Naib Canselor masih tidak dapat dilakukan? Lihat sini dan di sini. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: