Jumaat, April 20, 2012

Projek Langat 2 : Dr Dzulkefly Tuduh Pusat Terus Takutkan Rakyat!

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) mendakwa Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan krisis bekalan air menjelang 2014 merupakan satu lagi usaha Kerajaan Pusat menekan Kerajaan Negeri agar memberi sokongan terhadap Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Malah menurut Dr Dzulkefly, usaha berterusan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hanya untuk menakut-nakutkan rakyat serta disifatkan sebagai satu desakan yang tidak bertangggung jawab.

Dr Dzulkefly berkata, laporan SPAN yang mengatakan margin simpanan air akan merosot ke paras merbahaya dalam masa empat tahun akan datang adalah berbeza dengan pandangan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang pernah membuat penilaian mengenainya.

“Kalau Kementerian Tenaga, Teknlogi Hijau dan Air (KeTTHA) dan SPAN benar-benar mahu memastikan Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Putrajaya tidak mengalami defisit mahupun kekurangan air pada tahun 2014 sepertimana yang digembar-gemburkan.

KeTTHA dan SPAN perlu segera menamatkan pertikaian serta persoalan dalam pemberian pajakan itu kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa SPAN mendakwa margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.

Ujar Dr Dzulkefly lagi, usaha menakutkan dan menekan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak wajar semata-mata untuk menyokong kerajaan pusat bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang menelan belanja RM8.6 bilion kerana ia telah dipersetujui oleh kerajaan negeri sebelum ini ketika Selangor diterajui Barisan Nasional (BN).

“Projek sebesar ini perlu diberikan penilaian yang teliti kerana kita telah diperingatkan oleh pakar-pakar ekonomi dan para analisis serta investment analise daripada investment bankers bahawa projek-projek mega yang dikendalikan kerajaan pusat seperti empangan Bakun, PKFZ dan yang lain lazimnya akan berakhir dengan pelbagai lebihan kos.

“Ianya jelas dari sudut kos efektifnya dimana ia tidak boleh diyakinkan mengapa pembayar cukai yang perlu membayarnya dan yang paling ketara adalah Bakun iaitu projek dengan lebihan kos yang mencecah hampir RM1 bilion,” katanya.

Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Pusat seharusnya sedar bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha untuk mencari sumber air yang lain tanpa perlu menjejaskan pengguna dan rakyat Selangor khususnya.

Katanya lagi, usaha itu bukan sahaja akan menjimatkan kantong negara malah ia tidak memerlukan kos besar kerana Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai sumber air terbesar di negara ini.

“Melalui sumber air bawah tanah ini kalau dihitungdari sudut kos ianya jauh lebih murah yakni senisbah kecil dari lapan billion tak sampai pun ratusan juta berbanding dengan lapan ribu juta,” katanya. SPAN semalam dilaporkan berkata margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.

Pengurangan di tiga wilayah utama itu juga dijangka akan berkurangan sebanyak enam peratus (263 JLH sehari) pada 2010 kepada 4.98 peratus (221 JLH) pada 2011, 5.25 peratus (244 JLH) pada 2012 dan kepada 0.4 peratus atau 19 JLH pada 2013.

SPAN turut menjangkakan menjelang akhir 2014 margin simpanan air ini akan mengalami defisit sebanyak 217 JLH dan jumlah defisit ini akan meningkat kepada 460 JLH pada 2015 dan ia berada pada tahap kritikal.

Komen : Semua orang tahu termasuk Dr Dzulkefly bahawa air merupakan sumber semula jadi dan nadi hidup kepada hidupan di mukabumi ini. Sedihnya, pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal dan akan menghadapi catuan air sekiranya kerajaan Selangor masih lagi tidak memberi kerjasama dalam pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ataupun Langat 2 ini.

Rakyat Selangor akan menjadi mangsa apabila krisis bekalan air berlaku di negeri ini jika kerajaan negeri masih terus berdegil enggan menerima pelan Projek loji rawatan air Projek Langat 2. Catuan air tidak hanya membawa masalah kepada pengguna, bahkan kepada sektor industri juga.

Keperluan air di Selangor akan mencapai 4,326 juta liter sehari pada akhir tahun ini tetapi mungkin mencecah 4,625 juta liter sehari berdasarkan pembangunan pesat di Selangor. Selangor akan menghadapi kekurangan air sebanyak 299 juta liter sehari bermula pada tahun 2012.

Adakah kerana kerajaan negeri gagal menguasai SYABAS maka Projek PPAMPS dijadikan mangsa dendam MB Khalid dan kuncu-kuncu beliau termasuk Dr Dzulkefly? Atau adakah Projek PPAMPS bakal dijadikan sebagai “ umpan “ mengugut supaya kerajaan negeri Selangor dapat mengambil alih SYABAS.

Atau jika kerajaan negeri gagal mendapatkan SYABAS dan tidak mahu meluluskan Projek PPAMPS, maka lombong pasir yang begitu banyak digali tanpa dikawal di Selangor sekarang bakal dijadikan kolam takungan untuk menyalur air ke seluruh Selangor! Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Mungkin MB Khalid dan Dr Dzulkefly sudah berkira dari sekarang yang kolam-kolam lombong pasir yang ada di sekitar Selangor akan penuh dalam 2 atau 3 tahun lagi ataupun sepertimana yang Dr.Dzulkefly katakan untuk mendapatkan sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan rakyat Selangor!

Untuk makluman Projek PPAMPS sedang rancak dalam pembinaan sekarang. Kerja-kerja yang dijalankan sudah boleh dikatakan sudah lebih 50%. Terowong dari Pahang ke Selangor sudah pun ditebuk. Semua dilakukan mengikut jadual dan jika kerajaan Selangor masih berdegil tidak mahu meluluskan projek tersebut, maka akan tergendala lah projek itu nanti.

Projek ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan rakyat. Loji Rawatan Air Projek Langat 2, yang bernilai RM8.6 bilion, telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menampung keperluan air bersih di tiga tempat ini sehingga tahun 2025.

Tetapi mengapa kerajaan negeri tidak mahu memberi kerjasama! Jika diberhentikan separuh jalan, siapakah yang bakal menanggung kerugian sebanyak lebih RM 8 billion ini. Janganlah nanti sudah terantuk baru nak tergadah. Ketika itu tiada rotan, akar pun berguna. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: