Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 30, 2012
Pok Nik Bersubahat Dan Bertanggungjawab Cetus Huru-Hara Di Ibu Negara!
Pok Nik akui membiayai peserta BERSIH 3.0 ke Dataran Merdeka! Beberapa penunjuk perasaan mengakui mereka telah dibayar antara RM100 hingga RM250 untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perhimpunan haram BERSIH 3.0.
Sebelum ini Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.
Melayu dengan melayu sudah bergaduh sekarang. Adakah ini yang Pok Nik mahukan? Menghasut supaya pengikut-pengikut melanggar undang-undang hanya kerana gilakan kuasa dunia! Apakah Pok Nik dan kuncu-kuncunya sekarang sudah beralih arah dengan menyokong LBGT! Fikir-fikirkan lah..!!!
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Cakap banyak tak guna . Adakah Jabatan Peguam Negara akan bertindak??? Dengan bukti2 yang ada tapi tiada tindakan membawa pihak berkenaan ke mahmakah akan meletihkan rakyat . Patut ker pemimpim macam ni masih layak untuk menjadi wakil rakyat dari segi undang2 di Malaysia ??
Catat Ulasan